SEMUANYA BERGANTUNG PADA 'NAWAITU'

Salam Ramadan, tamat sudah 2 hari kita berpuasa, alhamdulillah. Bila bulan Ramadan menjelma saja, kami blogger2 masakan turut merasa tempias, bukan tempias glamer, tapi tempias rasa dihargai bila blog2 masakan menjadi tumpuan mereka2 yang mencari resipi2 mudah untuk dimasak. Dan kami seperti biasa berkongsi resipi2 yang kami masak di laman2 sosial seperti FB, InstaGram dan twitter dengan ikhlas (in sha Allah walapun hak mutlak menentukan ke ikhlasan itu hanya ada pada Allah swt). Tapi dalam masa sama, macam2 isu timbul. Che mat bukan menolak pandangan orang2 bijak pandai, cuma ada tu terus terang kata 'haram' lah tayang2 benda makan di bulan puasa...Persoalannya, kalau apa kami buat tu salah, haram atau bercanggah dengan hukum agama, habis rancangan2 masakan di TV, apa cerita, tak haram ke?..

Benda macam ni che mat rasa bukan satu isu besar, tapi pandangan2 orang yang hati mereka selalu ke arah negetif yang membuatkan ia nampak tak elok, janggal dan sebagainya. Niat atau nawaitu kami berkongsi resipi dan gambar masakan hanya untuk membantu suri2 rumah tangga dan mereka yang memerlukan. Walaupun bukanlah dapat membantu 100%. Satu lagi ada yang tulis, kalau nak tayang gambar2 masakan tunggu lah lepas berbuka, memang boleh, tapi masa tu kan surirumah dah mula sibuk hal2 lain, takkan lah dia orang nak mengadap skrin laptop manjang. Masing2 ada komitmen, nak2 dalam bulan ramadan macam ni. Dan ada juga yang beri idea, blog masakan patut bercuti bila bulan puasa...maaf kata lah, idea anda itu amat "BODOH"...kalau tak suka, jangan singgah dan blog2 masakan bukan menyalurkan isu2 yang tidak elok atau mendidik anda berkelakuan sumbang, kenapa harus cuti?...Sepatutnya blog2 gossip celah kain orang yang harus bercuti....

Kadang2 kita manusia ni, sering menuding jari jika berlaku kesilapan pada diri sendiri. Kalau diri sendiri tak tahan puasa sebab tengok gambar masakan dalam FB, anda cuti lah ber FB, kalau tak suka mereka2 yang selalu berkongsi2 resipi dan gambar2 masakan, anda unfriend sajalah, tak perlu nak berkomen hebat sangat. Kami tak memaksa untuk anda suka dan taksub sangat dengan gambar2 makanan atau resipi2...kami juga tak memaksa anda melihat sampai nak gugur bijik mata dan kami pun tak paksa anda jadi sahabat FB kami. Bukan kekwat atau berlagak, cuma rimas dengan munculnya ustaz2 'segera' bila tiba bulan Ramadan...Apa2 kami buat biarlah Allah swt yang menilainya, dan ia akan jadi negatif bila anda orang yang berfikiran ke arah negatif dan begitu juga sebaliknya....Ampon maaf jika entri ini agak biadap terutama di bulan mulia ini...Selamat menjalankan ibadah puasa, moga kita semua dirahmati Allah swt.

Post a Comment

24 Comments

  1. Yang banyak songeh tu mengulang apa yang ustaz kat fesbuk cakap. Quote out of context, berguru x habis, gigih nak berdakwah kononnya. Dia lupa kot kongsi resepi ni pun satu cara bersedekah (at least saya selalu tumpang baca dan terai resepi cik Mat),
    Yang banyak songeh tu sedekahkan apa agaknya?

    Keep on writing Cik Mat.
    May Allah bless u

    ReplyDelete
  2. Kalau rasa haram, janganlah masuk blog masa siang. Masuklah lepas Terawih ke. Hihi..

    ReplyDelete
  3. Pedulikkan kata2 orang Tuan Adnan... Apa yg penting, sampaikan resepi terbaik Tuan dan apa sahaja yg difikirkan bermanfaat utk masyarakat.

    Jadi blogger ni memang mcm ni lah Tuan... Ada je yg tak puas hati...

    Siarkan bahan2 resepinya sahaja di media sosial yg Tuan ada pun ok gak Tuan. Yelah... kalo dah macam2 kritikan sangat... Manusia ni mmg sikapnya suka cari salah orang... Macam diri tu betil sangat...Teruskan berblogging macam biasa ya Tuan ^__^

    ReplyDelete
    Replies
    1. *betul (typo lak pg2 ni... hehe...)
      Salam Ramadhan Tuan. Moga Tuan sentiasa dlm rahmat Allah sepanjang Ramadhan ini dan seterusnya ^__^

      Delete
  4. betul tu che mat.tayang barang masakan bukannya masalah besar..yang penting,iman kita tu sendiri..kuat ke tidaknya..

    ReplyDelete
  5. Isu ni memang dah lama akak alami Mat, sakit hati juga dibuatnya...kita niat baik org tafsir lain...macamlah internet tu penuh dengan ceramah agama aje...jika betul2 nak puasa mata memang takleh berinternet langsung sebulan ni...:(

    ReplyDelete
  6. blog CM ni inspirasi tau... banyak ilmu ada kat dalam ni, teruskan berkongsi CM... dah macam library... berharga sgt!

    ReplyDelete
  7. Assalammualaikum Che Mat..
    Biasa la keyboard warrior tak bertauliah kat luar tu pasti mencari kesalahan orang sahaja. Yang penting blog ni tempat rujukan untuk CP masak juadah berbuka puasa.

    ReplyDelete
  8. siapa pulak yg pandai² jatuhkan hukum haram tu che mat?? x pnh dgr lak ulama keluarkn hukum tu...adeyyy~

    abeh xkn nk suruh blog masakan tetibe cite pasal shopping lak? x logik kan? hurmm

    ReplyDelete
  9. Teruskan menulis biarkan sahaja orang orang itu saya sentiasa menyokong dan kagum dengan anda walaupun tak mengenali

    ReplyDelete
  10. Rasanya dari zaman sebelum betul2 kenal fb saya memang mencari resepi menjelang Ramadhan samada melalui blog ataupun yahoogroup masakan masa tu. Saya belajar dan berminat memasak melalui blogger2 & sifu2 masakan. Personally saya stop post gambar masakan saya dalam fb atas sebab yg sama Cik Mat tulis, sbb kwn2 kat fb datang dr pelbagai cara - ada yg dah lamaa sgt tak jumpa, tapi di instagram saya masih post, dan saya menjadi agak pemilih siapa follower instagram saya, atas sebab tak mau jadi mcm kat fb. Harap Cik mat & blogger2 masakan lain tak stop entry masakan, mmg kdg2 dah pernah post, tapi posting baru memberi idea untuk apa yg kita nak masak .. pada saya membantu orang yg tak pandai memasak sehingga dia boleh memasak untuk keluarga & kdg2 ada yg berniaga, tidakkah ada pahala di situ .. wallahualam.

    ReplyDelete
  11. bagi pendapat saya
    yang asek negatif je ni patutnya KAJI IMAN SENDIRI dulu baru sibuk kaji GAMBAR MASAKAN blogger uploaded. kan?

    gambar masakan je pon. takkan la itu pon membawa kamu ke arah rasa untuk berbuka puasa. tepuk dada tanya iman. klu dah suka sangat berdakwa tu maknanya iman mesti la kuat. kita tak pernah dengar lagi ustaz-ustaz mengeluh tentang gambar makanan kan. so kita tahu tahap iman dorang tinggi mana.

    kemooooooooooooooooon
    awak bukan budak darjah 1 yang baru nak belajar berpuasa.


    cuma ke arah positif
    blog2 masakan ni dapat membantu para isteri esp yang baru kawen tu untuk pelbagaikan lagi menu juadah berbuka puasa mereka sepanjang ramadhan ni. bagi suami rasa gembira. bagi anak-anak rasa eksaited. takkan la setiap hari nk makan menu yang sama. BOSAN!


    melayu kita memang suka cari pasai benda-benda tak berfaedah. gemar mengeluh. hmmmmmmm


    ReplyDelete
  12. susah dan tak mampu nak puaskan hati semua orang kan?

    ReplyDelete
  13. assalam che mat..
    pedulik lah apa orang nak cakap..
    sebab mulut manusia ni biasa la kan..
    yang penting stay positive je che mat..
    jangan la stop post resipi best2 and gambar yang boleh bikin air liyo teman meleley eh che mat..
    sya nak cari resipi apa2 pun mesti bukak blog che mat dulu..
    thanks che mat..

    ReplyDelete
  14. Tolong lah Cik Mat, don't stop. Kat blog ni lah saya yg dudk merantau ni cilok idea nak masak apa untuk anak2 dan suami untuk juadah berbuka kami. Kat sini bukannya ada bazaar Ramadhan.

    Saya sokong cakap Cik Mat - patut nyer blog yg suka jaga tepi kain orang yg patut bercuti.

    PS : saya ni silent follower tapi harini bersuara sbb takut Cik Mat 'amik cuti'

    ReplyDelete
  15. saya setuju entri che mat ni..saya pun selalu jengah blog che mat masa bulan posa ni...mencari idea apa yg mahu dimasak..lepas masak sy upload gak dlm blog sy...untuk berkongsi dengan yg lain..itu sahaja...

    ReplyDelete
  16. tak salah langsung. dapat pahala lagi sebab bantu mereka yg ketandusan idea untuk memasak juadah berbuka dan bersahur..... betul tak?

    ReplyDelete
  17. tudiaa, fatwa mana yg diorang percaya tu..haram mengeluarkan resepi di siang hari ye?? hahaha, sabar jelaa..:p

    ReplyDelete
  18. Alamak eii apa yang susahnya. Jangan la bukak blog masakan tersebut.

    Dalam suratkhabar pon banyak gambo makanan masa bulan puasa. Suruh haramkan jugak.

    Kesiannya mereka dengan makanan pun tergugat puasa

    ReplyDelete
  19. Alohhhh, kononnya alim sangat tapi tengok gambar masakan pun tergugat iman, hehehe.. Mencari salah orang utk menunjukkan betapa betul/alimnya diri kita itu namanya takbur/riak

    CMG bukannya post gambar bogel ke, separuh telanjang ke ape, bagi saya xde isu langsung di sini cuma biasalah ustaz/ustazah segera yg "berdakwah" melalui fb dah jadi trend masakini hehe

    Sabo ye che mat, bagi saya blog masakan sgt bermanfaat utk dijadikn rujukan x kira bulan puasa ke bulan tak puasa, saya yg dulu langsung x pandai masak sekarang dah tahu masak..Ilmu yg dikongsikan akan diberi pahala oleh Allah walaupun sesudah kita meniggal dunia..

    ReplyDelete
  20. Salam En. Mat,
    Pertama kali saya meninggalkan komen di sini.

    Bagi saya yang seorang wanita yang bekerjaya dan baharu berumahtangga, rujukan dari blog2 resipi (terutama kegemaran saya, tiffin biru) adalah HERO saya di dapur.

    Abaikan nista negatif, terus berpegang pada nawaitu yang suci itu. Moga kehidupan En.Mat sekeluarga bertambah berkat. Salam Ramadhan.

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum cikmat,


    kita suka blogger masakan cikmat dan rakan2 cikmat juga. ianya byk mmbamtu saya dlm memasak. terima kasih tak terhingga.

    yg kata mcm2 tu abaikan saja. ilmu yg cikmat kongsi ni, ramai pembacanya saya pasti. apatah lagi mencuba segala resepi. terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
  22. Ini first time saya dgr gmbar masakan haram!!
    Kalau org biasa yg kata mmg nak gelak lah. Tapi kalau deorg quote ustaz2 tu tak jadi la nak gelak. Nak kena kaji balik. hal agama ni jgn ambil bulat2 selagi tak da dalil. ustaz pun tak maksum dr buat silap.
    Mat gebu blog anda rujukan Masakan utama saya!! terima kasih!!

    ReplyDelete

Peringatan

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.