AGAR-AGAR SOYA YEO'S SERI RAMADAN..

rsz_agar2_soya_menawan

Assalammualaikum, salam Ramadan. Sejak bulan Ramadan, ini pertama kali che mat masukkan entri agar-agar atau ada yang panggil pudding. Tapi hakikatnya pudding ada kuah, kalau macam che mat bikin ni, lebih dikenali sebagai agar-agar. Che mat kali ini menggunakan produk minuman soya YEO"S untuk resipi agar-agar soya Yeo's seri ramadan. Nampak macam susah aje, macam pening aje nak buat. Tapi percayalah ia dalam kategori senang. Produk minuman soya YEO"S selain sedap dan lemak, ia juga kaya dengan sumber protein. Sesuai untuk berbuka puasa dan bersahur. Tapi kadang-kadang bosan juga asyik minum macam tu saja. Jadi che mat ubah suai, kita tukar dia jadi pencuci mulut seperti anda nampak dalam gambar....menarik kan?....ehemm...

rsz_agar2_soya_menawan1

Agar-agar soya YEO"S seri ramadan ini sedap dimakan sejuk. Che mat gunakan minuman soya YEO"S kotak besar berisipadu 1 liter. Dan ditambah sedikit gula dan susu sejat sebagai pemangkin. Gula tu guna sikit saja, sebab bila dah ditambah perisa padan dan stoberi takut agar-agar menjadi tawar. Selain tu, che mat masukkan juga sedikit cincau untuk penyeri. Sebenarnya produk YEO"S boleh kita pelbagaikan selain dijadikan minuman semata-mata. Ini juga salah satu idea untuk menarik minat anak-anak anda berpuasa. Resipi che mat akan tuliskan di bawah ini, dan jangan lupa minuman soya YEO"S pilihan terbaik untuk anda setiap masa....Jomm resipi!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 liter minuman soya YEO"S
150 ml susu sejat
3 - 4 camca besar gula (atau secukup rasa)
1 helai daun pandan, disimpul
10 gram serbuk agar-agar (sebarang jenama)
3/4 camca teh pes pandan
3/4 camca teh pes stoberi (strawberry emulco)
Cincau secukupnya, dipotong kecil
Beberapa biji stoberi segar, untuk hiasan
Secubit garam

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan gula, agar-agar serbuk dan daun pandan ke dalam periuk. Kacau rata. Tuang minuman soya YEO"S dan susu sejat. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Kacau selalu, pastikan gula dan serbuk agar-agar larut. Keluarkan daun pandan.
  2. Sementara itu, sediakan acuan agar-agar kegemaran anda (che mat guna acuan kecil berisipadu 100ml setiap satu). Sudukan 1/2 camca teh cincau yang dipotong kecil tadi ke dalam setiap acuan agar-agar (kurang lebih 12 acuan, bergantung pada acuan yang anda guna). Ketepikan.
  3. Cedok keluar 500ml bancuhan agar-agar dan masukkan pes pandan, kacau rata-rata. Kemudian tuangkan ke dalam setiap acuan berisi cincau tadi, pastikan anda tuang 2/3 sahaja. Buat hingga siap dan simpan dalam peri sejuk sekejap (kurang lebih 3-4 minit, bila anda lihat agar-agar hampir mengeras, dah ok).
  4. Baki bancuhan agar-agar tadi dibiarkan atas dapur dengan api paling kecil. Masukkan pes stobery ke dalamnya dan kacau rata. Keluarkan agar-agar dari peti sejuk dan tuangkan agar-agar stoberi hingga penuh. Buat hingga siap. Biar sekejap dan simpan kembali dalam peti sejuk hingga betul-betul keras.
  5. Keluarkan dari acuan (gunakan pengcungkil gigi bersih untuk mengeluarkan agar-agar dari acuan). Hias dengan 1/2 bahagian buah stoberi segar atasnya dan boleh hidangkan untuk berbuka puasa. Sedap dimakan sejuk...
CATATAN MAT GEBU :- Guna bekas bermuncung atau jug plastik untuk memudahka kerja anda menuang agar-agar ke dalam acuan. Selain acuan kecil, anda juga boleh guna loyang 4 segi berukuran 7inci x 7inci x 1inci....Selamat mencuba!!..

Post a Comment

11 Comments

  1. humang aih.... gua air soya yeos je?? hebattt!! hebattt!!!

    ReplyDelete
  2. Salam..nampak sedap..saya suka agar2 cmni..

    ReplyDelete
  3. che mat..entry tukbiskut raya ada x?hihi

    ReplyDelete
  4. Ya Allah... sedapnya nampaknyaaa....

    ReplyDelete
  5. rupa pon dah cantik, rasanya pon bukan calang2 nih..alaaa teringin lah pulak..>_<

    ReplyDelete
  6. Mcm menarik je kalau buat desert berbuka puasa ni kan.


    Jum lawat blog saya di http://mrsimberg.blogspot.com/

    Fanpage : https://www.facebook.com/obsesikesihatan

    ReplyDelete
  7. Menariknye che mat...
    jom lawat blog saya www.jomsihat4u.com untuk supplement berkhasiat!

    ReplyDelete
  8. Nice deco...tgk pn dah selero nih...
    http://superummishoppe.blogspot.com/2014/07/perkongsian-pemakanan-sunnah-vs-shaklee.html?spref=fb&m=1

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.