BEN ASHAARI

Saturday, June 14, 2014

RESIPI GULAI PISANG MUDA .

rsz_pisang_muda_gulai
Assalammualaikum, salam Sabtu. Hujan kat kampung che mat, sejuk dan nyaman..alhamdulillah. Cuma tak dapat nak mendobi lah kan. Hari ni che mat masak gulai pisang muda yang menjadi kegemaran Bak dan kami semua. Dan wajib ikan masin kurau menjadi perencahnya. Pisang che mat guna pisang kapas muda dalam 2 sisir macam tu. Satu yang che mat suka perihal gulai pisang ni, makin lama anda simpan makin sedap. Kalau makan esok, lagi sedap.....kalau nak makan minggu depan pun boleh juga, dengan syarat anda biar gulai sejuk, masukkan dalam plastik bersih, ikat dan bekukan dalam freezer. Nak makan, kasi panaskan. Sambal belacan jangan lupa, ia hidangan wajib bila ada gulai macam ni. Resipi dalam kategori sederhana, tak mudah dan tak susah sangat. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 sisir pisang kapas muda
5-6 ketul isi ikan masin kurau
3 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 camca teh lada hitam biji, ditumbuk halus
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ikan bilis (optional)
1 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
1/2 inci belacan, dibakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pidang dicuci, kemudian, siat sedikit kulitnya dan rendam. Pisang dihiris serong sederhana tebal dan rendam dalam bekas yang berisi kulit pisang, masukkan asam gelugor ke dalam air rendaman untuk mengelakkan pisang bertukar warna. Ikan masin kurau dicuci dan rendam 1 jam. Ketepikan.
  2. Toskan pisang, masukkan ke dalam periuk bersama bahan2 kisar halus, serai titik dan santan cair (jika perlu tambah sedikit air). Kacau rata dan masak hingga mendidih dan pisang 1/2 empuk. Masukkan kiub ikan bilis (jika guna) dan ikan masin tadi (toskan). 
  3. Kacau rata dan tuang pati santan. Masukkan daun kunyit dan lada hitam tumbuk, biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. Tambah sedikit garam dan gula. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan goreng.
CATATAN MAT GEBU :- Sebelum letak garam, pastikan anda rasa dulu, dan letak garam dalam kauntiti sedikit. Dikhuatiri gulai anda akan menjadi masin, sebab penggunaan ikan masin kurau, walaupun anda telah rendam terlebih dahulu ikan kurau masin tadi......Selamat mencuba!!




2 comments:

gadisBunga™ said...

yang ini saya tak penah masak sendiri lagi. boleh dicuba nak tambah portfolio diri sendiri. hihihi~

At-Tarmizi said...

terima kasih...saya kongsi ya resipi ini di blog saya =)

http://at-tarmizi.blogspot.my/2016/09/pisang-kapas.html

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.