Salam Ahad semua dan selamat hari bapa. Rasanya lama juga che mat tak bikin paceri terung....err...paceri ke pajeri eks?...Konpius kan kadang2, tapi ia benda yang sama cuma ejaan dan sebutan ada sikit beza. Selain terung, nenas, mangga dan ada juga yang buat paceri kedondong atau buah amra. Tapi che mat cuma pernah buat dan pernah makan pajeri nenas dan terung sahaja, yang lain2 tu tak pernah lagi. Insha Allah akan dicuba nanti. Che mat masak Jumaat lepas paceri terung ni, ia antara menu kegemaran Bak. Guna terung ungu bersaiz comel2 dalam 5 biji. Sedap dimakan bersama nasi putih atau nasi berperisa. Che mat lebih suka paceri yang pekat dan bukan berkuah sangat. Tapi kalau anda guna nenas, macam mana pun ia akan sedikit berkuah memandangkan nenas mengeluarkan air. Mungkin resipi anda berbeza dari che mat dan, che mat sendiri masak guna resipi yang biasa kami orang2 Johor buat. Kalau nak mencuba, resipi seperti berikut..
BAHAN-BAHANNYA :-)
5 biji terung ungu saiz sederhana (kurang lebih 1 jengkal)
1 biji cili merah, belah 2 tapi tak putus
1 biji cili hijau, belah 2 tapi tak putus
1/2 camca teh pes asam jawa
1 camca besar penuh kerisik
1 helai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
3 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih hiris
1 kuntum bunga lawang
1/2 cawan pati santan
2 camca besar penuh rempah kari ikan (baba's)
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili merah
1/2 inci halia
3 biji buah keras, hiris
1 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Terung dibuang pangkalnya, kemudian belah 2 setiap 1 dan rendam. Bancuh rempah kari dengan bahan2 kisar halus dan kacau hingga menjadi pes, tambah sedikit air jika perlu. Ketepikan.
- Panaskan 1/3 cawan minyak dalam kuali, tumis bawang merah, bawang putih, daun kari, kayu manis dan bunga lawang hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau rata, masak dengan api kecil hingga rempah garing dan naik minyak.
- Masukkan pes asam jawa, santan dan air. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan terung (toskan). cili merah, cili hijau dan kerisik. Kacau rata dan tambah garam dan gula secukup rasa. Selalunya paceri sedikit manis. Masak hingga pekat dan terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain.
3 Comments
sedapnya :D
ReplyDeleteterus rasa lapaq
ReplyDeleteTerbau2 sampai sini:)
ReplyDeleteKalau bulan ramadhan hubby selalu beli. Mahal jugak pajeri terung ni rupanya