RESIPI PULUT KUNING WARISAN..

rsz_pulot_kuning
Assalammualaikum, salam semua. Hari ni che mat masak pulut kuning atau orang2 peranakan panggil nasi kunyit. Ini perancangan che mat dan bonda sejak 3 hari lepas. Cuma kena buat di hari yang sesuai, hari semua orang ada rumah dan tiada urusan luar. Kebetulan stok beras pulut agak banyak di rumah, jadi hari ni che mat buat kurang lebih 1.2 kg pulut yang telah che mat rendam semalaman bersama serbuk kunyit dan sekeping asam gelugor. Apa tujuan letak asam gelugor tu?...Serius che mat pun tak pasti tapi kata orang2 tua, untuk kasi pulut jadi kilat dan naikkan seri warna kuning, wallahualam, buat aje lah tak salah pun dan bukan berdosa, yea tak. Tapi orang tua dulu kala ni mereka kan bijak dan mereka hidup dulu dari kita...apa yang berguna kita ambil, apa yang rasa tak perlu, kita abaikan...

rsz_pulot_kuning2
Lauk pauk sampingan untuk pulut kuning, che mat masak rendang ayam dan sambal sotong. Ada juga serunding ayam, yang tu che mat beli jenama Agromas, dan disajikan juga bersama telur rebos. Pulut kuning biasanya disajikan bila ada majlis2 tertentu, ia amat simbolik bagi masyarakat melayu, terutama di majlis khatam Quran, berkhatan, bertindih, hari lahir dan majlis2 kesyukuran. Sekarang ni di majlis2 kerja kawin pun dah macam trend pulut kuning bertingkat menggantikan kek. Apa2 pun ia bukan wajib cuma lebih kepada adat dan tradisi. Namun pada che mat ia melambangkan kemelayuan dan menjadi identiti masyarakat kita. Untuk entri ini che mat tulis macam mana nak kukus pulut kuning, rendang dan sambal tumis tu che mat link kan pada entri2 sebelum ini....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.2 kg beras pulut (che mat guna pulut susu)
2 camca besar serbuk kunyit (Adabi)
1 keping asam gelugor
Air secukupnya
500 ml santan pekat
1 camca besar penuh garam atau secukup rasa
1 helai daun pandan, disimpul
Rendang ayam atau daging (resipi boleh rujuk sini dan sini)
Sambal tumis sotong (resipi boleh rujuk sini)
Serunding, jika suka
Telur rebus, jika suka

pulot kuning3
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Pulut dicuci, kemudian masukkan ke dalam bekas, tuang air secukupnya (hingga pulut tenggelam), tambah serbuk kunyit dan kacau rata. Masukkan asam gelugor dan biar pulut terendam semalaman atau sekurang2nya 8 jam. Kemudian toskan dalam tapis dan keluarkan asam gelugor. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan. Ambil bahagian atas kukus (yang berlubang). Alas bawahnya dengan tudung periuk. Pastikan saiznya menutup lubang2 kukus, dan tudung periuk dalam keadaan terbalik (seperti dalam gambar di atas).
  3. Letak sebatang senduk kayu di dalam kukus (seperti dalam gambar). Kemudian tuang pulut yang anda toskan tadi ke dalam kukus. Ratakan dan biar sekejap. Letak daun pandan dan angkat kukus berisi pulut dan terus letak atas air mendidih. Ada sedikit baki2 pulut atas tudung periuk, anda kaut dan masukkan dalam kukus, tutup dan kukus 25 minit.
  4. Sementara itu, bancuhkan garam dengan santan pekat, kacau rata. Angkat pulut dari kukus dan alihkan ke dalam bekas besar. Keluarkan senduk kayu tadi. Curahkan santan pekat sedikit demi sedikit atas pulut dan gaul rata2. Buat hingga santan habis. 
  5. Masukkan kembali pulut dalam kukus (kali ni tak perlu letak senduk kayu). Dan sambung kukus selama 25 - 30 minit atau sampai pulut masak dan lembut. Boleh alihkan dari kukus. Hidangkan bersama rendang, sambal tumis atau kari ayam/daging..
CATATAN MAT GEBU:- Tujuan meletak sebatang senduk kayu pada tengah2 kukus sebelum pulut dituang, kebarangkalian ialah untuk memudahkan pulut dikeluarkan dari kukus sebelum proses menggaul dengan santan pekat....

Post a Comment

16 Comments

  1. salam..
    terliur tgk pulut kuning che mat ni haa.. lama dah tak makan pulut kuning.. nice!

    ReplyDelete
  2. Perghhh..che mat...saya berjejeh air lior niiii

    ReplyDelete
  3. mengoda sungguh pulut kuning che mat...dah lah memangdah lama tak perkena pulut kuning..huurrmm...

    ReplyDelete
  4. serius ilmu baru yg Kak Sari dapat sebab selalu kami susun daun pisang yang dikirai2 bagi mengelakkan pulut jatuh ke dalam air kukusan. Lain kali boleh cuba teknik ini, terima kasih Che Mat.

    ReplyDelete
  5. Allah che mat.. dah la kite tgh ngidam ni.. huhuhu.. T___T

    ReplyDelete
  6. Terima kasih Che Mat penerangan bagaimana nak kukus pulut tu.

    ReplyDelete
  7. sedapnyeeee..saya pernah buat pulut kuning yang ditanak..lembik..terlebih air..dah le buat untuk besday suami..fevret dia pulak tu..failll lagi...

    Risiko Anemia Semasa Mengandung

    ReplyDelete
  8. sedapnya...ahad nie nak try la. husband suka sgt pulut kuning. plus buat rendang ayam...laparnya erm....

    jom visit www.mamaashraf.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Perghhhh....terliur tgk gmbr nye...nak try buat lah nti..nanti boleh share resepi ni di blog sy x???

    http://ceriteranaziera.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. sedapnyaaaa.... nasib baik la tak mengidam.... haha! (nak kena buat juga ni nampaknya...)

    ReplyDelete
  11. Assalam, 1.2kg tu maksudnya 1kg 200gm atau 500gm?

    ReplyDelete
  12. As Salam, saya dah cuba membuat menggunakan resepi en. mat gebu nie...alhamdulillah.. menjadi..terima kasih... saya mohon untuk share resepi nie dalam blog saya boleh ker...www.sweetkurma.blogspot.com...terima kasih

    ReplyDelete
  13. Ni kali ke tiga singgah sini sbb nak buat pulut kuning lagi. Sebelum2 ni ikut step by step semua menjadi. Tx banyak2 la sbb share resepi.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.