BEN ASHAARI

Monday, January 28, 2013

SAMBAL TUMIS SOTONG TIN...

rsz_sambal_sotong_tin
Petang semua, berjumpa lagi, nak share resipi sambal tumis pulak...Elehh sambal tumis jee kee..Ha ah, tu je, yang ni pun masak semalam, kira seangkatan dengan masak lemak rebung. Anda pernah makan sotong dalam tin, yang macam sardine tu tapi kuah dia kicap, jenama REX. Pernah cm masak dulu dan kata Kak Jee, sotong tin sedap dibuat sambal tumis. Asyik teringat2 je apa yang kak jee sarankan. Oleh yang demikian dengan penuh rasa keterujaan, cm pun buat. Memang betul sedap, tak rugi mencuba. Selain makan dengan nasi putih, sedap juga dicicah roti, lempeng atau pun pulut. Cm makan dengan nasi impit belen semalam, pun sedap. Pendak kata semua sesuai lah...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 tin sotong dalam tin (saiz besar, jenama REX)
1 biji bawang besar, hiris kasar
2 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
Garam dan guna secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Sotong diasingkan dari kuah kicapnya. Kemudian potong kiub. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api kecik dan kacau selalu.
  2. Masukkan pes asam jawa, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan tambah hirisan bawang besar. Masak sekejap, masuk sotong, gaul rata dan biar pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan....

2 comments:

Qashmere said...

saya nak tanya apa fungsi buah keras tu? sedapnya nampak sotong sambal ni

||Sis aLeaSaRa|| said...

owh kebetulan pulak lunch hr ni atok sy masakkan sotong dlm tin ni,masak smbl tumis mmg sedap.x yh byk lauk,just mkn smbl tumis sotong tin berulamkan timun dan nasi panas ...perghhh layan ^^