BEN ASHAARI

Saturday, October 27, 2012

RENDANG DAGING KLASIK..

rsz_rendang_klasik
Jomm kita merendang pulak. Dah selalu mat buat rendang dan ada masak resipi hampir2 sama tapi tetap ada perbezaannya. Kenapa mat kata ini rendang daging klasik, pertama sebab guna daging korban, kedua mat guna hirisan bunga kunyit dalam dia walaupun ada guna daun kunyit. Rendang amat sinonim dengan orang2 Melayu dan juga kaum Peranakan. Sedap dimakan bersama ketupat, lemang atau nasi. Satu lagi kalau rendang anda tidak habis, masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam freezer, bila nak makan, keluarkan dan masukkam ke dalam ketuhar mikro. Dan jika berbaki dan tidak habis juga, apa kata lebihan rendang kita jadikan isi pada pizza dan tabur dengan keju atasnya, satu kelainan. Betul lah kan, nanti mat nak cuba. Bagi yang nak belajar2 masak rendang bolehlah buat. Pada mat ini masakan warisan bangsa kita, jadi kena juga reti masak...Ok jommm kita merendang pulak... (*___^)

BAHAN-BAHANNYANY :-)
2 kg daging lembu pejal, dipotong kiub, cuci dan toskan
2 kuntum bunga kunyit, hiris halus'
2 helai daun kunyit, hiris halus
5 helai daun limau purut
2 liter santan (dari 3 biji kelapa)
Air panas secukupnya
5 camca besar penuh kerisik
4 camca besar rempah kari daging Baba's
1 senduk nasi cili kisar
3 keping asam gelugor
2 camca besar hirisan gula melaka
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar, saiz sederhana
18 biji bawang merah
7 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 inci belacan
2 inci kunyit hidup
30 biji cili padi
12 batang serai, hiris halus

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
5 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus bersama rempah kari, kacau rata hingga sebati. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukan rempah kari + bahan kisar halus tadi dan masak hingga terbit minyak dan rempah garing, guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging dan kacau rata. Masak hingga daging kecut. Tuang santan, kacau dan biar mendidih hingga pekat. Masukkan garam (sedikit dahulu), kerisik,  asam gelugor dan daun limau purut. Kacau rata dan terus memasak hingga sedikit kering. Kalau masa ini daging masih agak keras, tuang sedikit air panas dan sambung masak, guna api kecil.
  3. Masukkan gula melaka dan sedikit lagi garam. Kacau rata dan masak hingga rendang kering tapi masih lembap. Masuk hirisan bunga dan daun kunyit, gaul rata dan masak lagi.  Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama ketupat, lemang, nasi dan sebagainya..
CATATAN MAT GEBU :- Jangan letak garam banyak2, dikhuatiri daging akan lambat empuk dan rendang anda akan jadi masin bila ia kering nanti. Satu lagi tips yang mat selalu buat, untuk memastikan rendang anda tahan lama, bekas yang anda guna untuk menyimpan rendang harus kering, bersih dan jika menggunakan periuk, panaskan sekejap periuk tadi, kemudian masukkan rendang. JANGAN tutup rapat periuk berisi rendang panas, biarkan ia renggang sedikit, ini untuk mengelakkan wap air yang terkumpul akan masuk kembali dalam rendang anda dan menyebabkan ia cepat basi. Senduk yang anda guna pun harus kering dan bersih...ok tu saja, sekian terima kasih..

4 comments:

Amin A. R said...

Betul la che mat. Rendang ni masakan warisan. Tak pernah buat takpe, asalkan tahu cara membuatnya. Kalau tak tahu buat pun takpe, memadai tahu apa ramuannya.. Sekurang2nya kalau orang tanya, boleh cerita :)

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Cik Mat. Kak Sari setuju dgn semua yg Cik Mat tulis tu.

Mesti sedap rendang guna daging baru, kan. Makan dgn ketupat nasi tu, bestnya!!

Nastyna said...

Duk telan2 liur jer ni tengok gambar, tengok ramuan. Kalau takder daun kunyit memang tak jadi rendang la kan, heishh mana mau cari ni.

1na said...

CMG, bunga kunyit macam mana rupa? Sy nie x tau sangat. Maaf ye bertanya.