BEN ASHAARI

Monday, January 20, 2014

TAUGEH, TAUHU DAN TEMPE MASAK LEMAK...

rsz_taugeh_tauhu_masak_lemak
Assalammualaikum, hari ni che mat masak awal sebab nak keluar pagi tadi dan tanya kat bonda, nak masak apa hari ni, makan terkeluarkan menu taugeh masak lemak, dan seperti anda tau che mat kan jenis ada masa kepala tak berapa nak betul, kalau ada apa2 yang boleh dileburkan sekali dalam masakan, che mat akan masukkan, termasuklah tempe...errr, tapi tempe tu normal aje kan kalau masukkan dalam masakan ni. Bila masak, che mat teringat kat arwah mak long Singapura (kakak pada Bak), yang cukup suka taugeh masak lemak. Arwah yang menetap sepanjang hayatnya di Singapura selama 60+ tahun dan meninggal di sana...al-fatihah, Pesan arwah dulu yang che mat tak boleh lupa, katanya kalau nak mula memasak, selain bersihkan diri, jangan lupa berselawat ke atas nabi junjungan kita, terutama masa menumis rempah atau memasak gulai. Selain masakan kita jadi sedap, ia juga lebih diberkati...aminn....Ok jomm kita memasak..

BAHAN-BAHANNYA :-)
350 gram taugeh, cuci dan toskan
4 keping tauhu, potong 4 setiap 1
3 keping tempe, dipotong kiub
2 camca besar udang kering, rendam 10 minit
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 biji cili merah, hiris
1200 ml santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Toskan udang kering, perah dan tumbuk kasar, masukkan ke dalam periuk bersama2 bawang besar hiris dan bawang putih ketuk. Tuang santan cair, kacau dan masak hingga mendidih. Masukkan tempe dan tauhu. Kacau perlahan dan masak sekejap.
  2. Masukkan taugeh, cili merah hiris dan pati santan. Kacau perlahan dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan, ikan masin atau ikan goreng..


10 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum. fav sheila ni. selalu masak takda buh tempe. nak try versi che mat la. hehe

Wahidah BME said...

Tempe my fav :) Hehehe.. 3 benda ni mmg sesuai berkawan dlm masakan sayur. Berkhasiat InsyaAllah..

Singgah sini & klik Advert 2 ketul Infinity seketul ^^

hajar said...

tambah ade smbl tumis ikan bilis... pergh... meletops!!

Sunah Sakura said...

ooooo...nice tips...thanks for sharing....

Linda said...

campur sambal belacan dan ikan kering...perghhh sedapnya!

NIzan Nafi said...

perghh!!! sedap my peberet ni..tmbah ikan kembong goreng n sambal belacan! memang terbaik!

fabulousnana said...

Resepi terjun. Memang tidak mengecewakan. Sedap!!

Faizah Eijah said...

haah kan fabulousnana!!!resipi terjun yg nmpk sgt sedap!!

Roses_Leo09 aka Hanim said...

salam che mat,
emmmm sedapnya lagi2 bila ada tempe

anna mama said...

Kita newbie baru nak belajar masak lemak .. ikut resepi ni sedap, jadi rasanya cuma saya tambah daun kunyit hihi tapii santan pecah! Hadoi la.. rasa ada .. rupa tarak . Boleh bagi tips taknak bagi santan pecah?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.