TUMIS PEDAS CENDAWAN KUKUR @ KULAT SISIR..

Assalammualaikum, salam Selasa. Menu apa tengah hari tadi? Che mat kurang masak hari ni, tapi masak juga...masak nasi, masak air dan masak 'sesuatu'. Pagi tadi bonda plan nak tumis pedas cendawan terkukur yang kami kutip tempoh hari (che mat dan abang long che mat). Dan bonda kata biar dia yang masak (wahhh....bess....saya suka...saya suka..hehe). Cendawan terkukur agak payah nak jumpa sekarang ni dan banyak tumbuh dipokok2 getah tumbang itu pun nasib2, kalau pokok getah tumbang yang dah lama sangat, cendawan taknak tumbuh, aga cerewet juga. Selain dipokok getah ada juga tumbuh di batang pokok kelapa tapi yang dipokok getan rasanya lebih sedap dan baunya lagi harum bila dimasak. Untuk resipi ini bonda che mat guna kurang lebih 2 cawan cendawan terkukur yang telah dikeringkan. Kemudian direndam hingga kembang dan dibersihkan. Selain masak seperti ini, ia juga amat2 sedap dimasak lemak cili padi sama pisang muda dan tulang ikan masih....meleleh air liur guaaa...grrrr...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cawan cendawan terkukur @ kulat sisir yang kering, direndam hingga kembang
15 - 20 biji cili padi hijau, hiris halus
1 biji bawang besar, hiris
4 ulas bawang putih, diketuk
1 genggam ikan bilis kembong, dibersihkan dan direndam
1 inci belacan, dilarutkan dengan 1/4 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Secubit serbuk perasa

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Cendawan dicuci kemudian perah hingga kering. Tumbuk sedikit tapi jangan sampai hancur, hanya dimemar2kan sahaja (atau tumbuk2 manja....errrr....tau tumbuk2 manja tu macam mana?..tumbuk selow2 leerrr....grrrrrr)...Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cili padi hijau yang dihiris hingga harum dan bawang layu. Masukkan ikan bilis kembong (toskan airnya), kacau dan tambah bancuhan belacan. Kacau rata dan masak sekejap. 
  3. Masukkan cendawan terkukur dan gaul rata. Tuang sedikit air dan masak hingga cendawan da ikan bilis kembong lembut. Tambah garam secukup rasa, sedikit gula dan serbuk perasa (jika suka). Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan panas bersama nasi dan ikan goreng.....boleh pengsannn!!!...
CATATAN MAT GEBU :- Cili padi anda boleh ganti dengan cili hijau biasa atau boleh gabungkan cilu padi dengan cili hijau. Banyak mana cili yang anda guna bergantung pada tahap kepedasan, boleh dikurang atau dilebihkan. Kalau masukkan sebatang serai dalam masakan ini pun boleh, ketuk2 sedikit dan masukkan masa anda menumis bawang tadi.... Selamat mencuba..

Post a Comment

11 Comments

  1. amboiiii.. sukanyaaaaaaaaaa dia bila takyah masak kan... kalau selalu masak pun jemu, apatah lagi hari2 masak, CM...

    ReplyDelete
  2. wah..separuh cuti ye cmg? sedap cendawan ni.. kesukaan kami..

    ReplyDelete
  3. memang sdap pun!payah nk dpt la ni.tu pun beli masa p KOta bharu...

    ReplyDelete
  4. Terbaik!! The word Kulat reminds me of my village in Kelantan!

    ReplyDelete
  5. tgk gambo je cikda dah telan air lio.. peghhhhh.. tak yah lauk lain dah kan..??

    ReplyDelete
  6. alahai sedapnyer... nsb la kalu pg psr tani senang nk jmpa nih

    ReplyDelete
  7. Jumpa resepi ni sebijik mcm gambar Mat Gebu nye...

    http://mingguanwanita.karangkraf.com/cendawan-kukur-tumis-pedas-1.216252

    :)

    ReplyDelete
  8. bekas tu sgt nostalgia bg saya.... :)

    ReplyDelete
  9. Sedapppnyaa..
    lama giler dah tak makan cendawan ni.. dulu2 kat kampung masa kecik memang biasa mknn..
    ade ke org jual kat kl ni yer che mat..

    ReplyDelete
  10. boleh dapatkan dari saya cendawan kukur ni 0133488524

    ReplyDelete
  11. boleh dapat kan dari saya cendawan kukur area lembah kelang 0133488524

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.