BEN ASHAARI

Thursday, October 17, 2013

PAU SAMBAL MENGIMBAU KENANGAN...

rsz_pau_sambal
Assalammualaikum, salam semua. Che mat frust lah hari ni, ada projek yang gagal...fail!!...grrrr, huhu macam tu lah adat resam bila melakukan R n D, ada masa berjaya, ada masa lingkup. Redha aje lah, dan atas sebab kekecewaan tu che mat buat pau sambal atau burger Malaysia atau kuih batu belah. Bila che mat buat pau sambal ni, ada banyak kenangan...tak sangka dengan resipi pau sambal boleh menjalinkan hubungan persahabatan yang boleh dikatakan agak akrab....memang betul kata cerdik pandai, makanan pengerat kasih sayang, mengembalikan kenangan dan nostalgia. Che mat masih guna resipi yang sama dan dengan resipi ini juga anda boleh buat donat. Satu adunan menghasilkan 10 biji pau sambal bersaiz sederhana, tidak terlampau kecil atau besar. Tapi kalau anda berhajat nak buat yang comel2 dan kecil2, boleh bagi lagi doh tadi ke beberapa bahagian. Pau sambal che mat kali ni nampak mewah, selain ada salad, timun dan sambal tumis, che mat selitkan juga potongan keju chessdale, ini semua terpulang pada anda samada nak letak atau tidak. Ianya memang mudah disediakan dan sesuai untuk sarapan atau pun minum petang...Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar gula halus
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar lemak sayur (shortening)
1/4 camca teh garam halus
1 1/4 camca teh instant yeast (mauripan)
120 ml air suam
Sambal tumis secukupnya
Hirisan timun secukupnya (10 keping)
Kepingan keju (che mat guna cisdale sekeping potong 4)
Sedikit daun salad (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh instat yeast bersama 50 ml air suam dan 1/2 camca besar gula halus (dari resipi yang sama). Kacau rata dan ketepikan sekejap hingga bancuahn berbuih2. Sementara itu masukkan tepung baki gula, susu tepung, lemak sayur dan garam ke dalam mangkuk adunan. Kacau rata.
  2. Tuang bancuhan yeast dan gaul hingga sebati. Tuang baki air sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang tidak melekat dimangkuk adunan, tak perlukan habiskan air jika doh telah ok.
  3. Kemudian bahagi kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah ditabur sedikit tepung, tekan biar leper sedikit. Perap 35 - 45 minit atau hingga kembang.
  4. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian pau, angkat dan toskan. Biar sejuk, belah 2 dan sapu dengan sedikit sambal tumis, letak sekeping hirisan timun, sekeping potongan keju dan selitkan sedikit daun salad, jika suka. Hidangkan untuk sarapan atau minum petang....

11 comments:

Kjee said...

Ini yang Kjee nak sangat belajar buat tapi tak kesampaian hingga sekarang Che Mat. Nanti nak suruh Nadia buat.

auntacu81 said...

sedaaaapnye...ni sekolah dulu, saye panggil berger malaysia...hahaha...

Lydia Miza said...

Wahh siap ada keju ye cm? Mmg syok!

Cik Ash said...

Assalamulaikum.. Ni makanan kegemaran napok kena cuba gak. Kira boleh guna wat donat gak ke.

Mawardi Yunus said...

sedap umph

Seri Selaseh said...

Nmpk sgt sedap. Cam healthy sgt. Bagi la nama omputih sikit. Kalau kat kedai, asal nama western je dah bleh jual mahal... cam cream puff, durian crepe.

Lani @ Umimans said...

Che Mat, lepas perap 40 minit tu terus gireng ye? Takyah uli balik?

Mat Gebu said...

@ lani - yep...lepas 40 minit atau lepas dah nampak naik dan gebu, anda boleh goreng. Kan sebelum tu dah dibahagi kepada 10 bahagian (1 bahagian sebiji pau)

Lani @ Umimans said...

Ok tq che mat. Sy nk cuba nanti bila buat sambal tumis.. Tq.

ana said...

Assalam cik mat.
Bole guna BM tak? Tk rajin nk mguli...t ksh

najah salwa ismail said...

Memang fevret ni...tp Che Mat nye lg mengancam sebab ada cheese...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.