RENDANG DAGING KLASIK BUAH KELUAK...

rsz_rendang_klasik_buah_keluak
Assalammualaikum, salam semua. Macam mana raya korban anda...ada bagus?.. Alhamdulillah moga semuanya diberkati Allah swt. Ok, che mat nak share satu entri rendang yang agak klasik. Che mat masak malam raya haji lepas. Rendang daging ni che mat sediakan agak ringkas dan masa penyediaannya che mat short cut kan, kira ni rendang express...macam mana tu?..Hmm che mat masak guna periuk tekanan atau pressure cooker dalam bahaga henggerisnya. Tak lama, kurang lebih 20 minit dah empuk dan anda alihkan ke dalam kuali, keringkan seperti rendang biasa...dahh siap. Tapi kalau anda guna daging batang pinang, tak perlulah guna periuk tekanan. Ok, berbalik dengan resipi rendang yang agak unik ini, che mat pernah lihat resipi rendang klasik di satu saluran TV Singapura dan antara bahan2nya 'buah keluak'....macam bes aje dan maka sempena Aidil Adha tu hari, che mat melakukan eksperimentasi (sebab resipi che mat tak salin ) dan hasilnya...sedap dan rendang jadi agak gelap sikit, tapi tetap berseri bila dimakan bersama ketupat. Ini salah satu variasi rendang yang che mat rasa agak unik. Kalau anda tak de buah keluak, takpe, tak perlu letak, jangan susah hati.....dan che mat nak anda baca entri ini...dan apa pendapat anda?....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1.5 kg daging lembu, dipotong kiub pada saiz sederhana, cuci dan toskan
4 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit hiris halus
2 keping asam gelugor
1/2 senduk nasi, cili kisar
2 liter santan pekat
2 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari Baba's
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
15 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
3 biji buah keras
25 biji cili padi (boleh kurangkan)
4 biji buah keluak, ambil isinya

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
5 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Bancuh bahan kisar halus dan juga rempah kari, kacau rata hingga menjadi pes (warnanya sedikit gelap kerana ada buah keluak). Panaskan minyak dalam kuali, masukkan 1 cawan minyak. Masukkan bahan tumisan dan tumis hingga harum, tambah cili kisar dan tumis hingga cili garing. Masukkan pes rempah dan kacau rata. Masak hingga rempah garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan daging, gaul rata dan biar hingga daging kecut. Tuang santan, kacau dan masak hingga pekat. Tambah garam secukupnya, masukkan daun limau purut, kerisik dan asam gelugor. Kacau rata dan jika daging belum empuk, boleh tambah sedikit air panas.
  3. Tambah gula melaka dan hirisan daun kunyit. Kacau dan masak hingga rendang kering tapi masih lembap. Rasa dan jika ok boleh matika api. Simpan dalam bekas bersih dan pastikan bila rendang dah betul2 sejuk baru tutup bekas tadi....Sedap dimakan bersama ketupat, lemang dan sebagainya....

Post a Comment

5 Comments

  1. Kakak tak kenal pun buah keluak tu CM...

    ps: Apa yg Ben katakan tu kena ambil perhatian - betul... sekarang ni mana ada yg foc senang-senang. Kena fikirlah juga dan ambil kira...

    ReplyDelete
  2. @KakZakie - hmm betul kan kak..tu lah, macam kami ni blogger2 masakan bila dah bagi muka sikit..mula lah ada yang tak nak percuma saja..alasan dia orang..kami bantu promosi blog...hmmm

    ReplyDelete
  3. cam sedap jek rendang hitam gitu. tak penah rasa buah keluak tu. kat pasar byk jual tp tak penah terfikir nak beli.

    ReplyDelete
  4. cicah ketupat daun palas...nyum nyum...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Tak tahu buah keluak tu mcmana. Apa lg rasanya, bagus kalau dpt tgk gambar buah keluak..

    www.asmahabubakar.com

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.