BEN ASHAARI

Thursday, September 19, 2013

KETAM LEMAK CILI PADI...

rsz_1gulai_ketam1
Selamat petang semua, entri ketam pulak, tapi menu ini che mat masak 2 hari lepas...Errr..tak gatal makan ketam? Tak lah, cuma lepas makan, menyepit aje....hehe, kalau gatal makan lah ubat. Walaupun che mat macam tak boleh nak makan sangat tapi sebab godaan melampau si ketam yang bergaya seksi berbikini kat pasar, maka che mat terbeli. Bila dah beli kena lah masak dengan kadar segera, yea tak, kang simpan lama2, tanggal semua anggota badan si ketam, dah nampak tak cun, rasa pun dah tak sweet2 17 lagi dah..tapi jadi tawar hebeyyy. Dan hari ini cm masak lemak cili padi. Cm gandingkan dengan kacang buncis, ini optinal, selain kacang buncis, anda boleh letak nenas, belimbing buluh atau pun timun. Ketam yang cm guna ni dalam 6 ekor bersaiz agar besar. Petua orang tua2, kalau nak beli ketam pastikan bulan gelap dan pilih ketam yang berat. Dipercayai semasa bulan gelap isi ketam jadi penuh dan padat...wallahuala. Tapi kan ada benarnya juga. Kalau lihat resipi che mat semua mudah2 aje, yang biasa2 kita masak kat rumah....memang itu lah tujuan che mat berblog, letak resipi mudah yang menjadi masakan harian.....Anda dah cuba resipi ini?...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 ekor ketam bunga saiz besar (sepit biru)
15 tangkai kacang buncis, kerat 4 setiap 1
2 batang serai, dititik
2 helai daun kunyit
1 liter santan cair
450 ml pati santan
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
25 biji cili padi kampung (warna hijau)
1 inci kunyit hidup
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ketam dibersihkan, kerat hujung2 kaki kecil ketam, dan ketuk sedikit penyepitnya supaya mudah untuk mengeluarkan isinya nanti. Kerat 2 setiap seekor. Cuci bersih, tos dan masukkan ke dalam periuk.
  2. Masukkan serai titik dan bahan2 kisar halus. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Tuang santan cair, kacau perlahan. Biar mendidih dan ketam berubag warna. Masukkan asam gelugor dan kacang buncis. 
  3. Tuang pati santan dan perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih dengan api sederana. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi dan lauk2 lain..

11 comments:

qaseh dalia said...

Terbaikkk ..
feberet seafood.. ho liauu

adda syuhada said...

sedapnya..

Nur Azwa Edora said...

sedap sedap !!! dah terliur dahh petang2 ni ... :D

Muhammad Khairuddin Lim said...

ketam oh ketam...

Rosmiza Ali said...

Sedapnya.. Tak pernah lagi masak ketam.. Sebab hubby malas nak kopek kulit dia time makan.. Jawabnya tak terbeli la ketam ni.. Kalau nak masak, Mieza pulak yang kena tolong kopekkan untuk hubby.. Erm sabo jela.. Huhu.. Nanti nak cuba resipi ni.. =)
SIAPA DIA BLOGGER BUDIMAN?

ogyep yummy mellow said...

CMG, dah lama ogyep tak masak ketam.. hubby suka bangat ni.. tapi, anak2 x pandai makan ketam la.. rasa macam membazir aje pulak.. sobsob..

Ayumieka said...

rindunya kat masakan mama saya... hmmm

sweety said...

tak letak belacan..ok tak CM? eden tak suka belacan lah

Mat Gebu said...

@sweety - Boleh saja kalau tak letak..masih rasa ok dan sedapp..

Aku Penghibur said...

ya Allah sedapnya.. petang nie carilah makanan serupa ini.. sodapnya

Syakila Sabri said...

Nak tanya,knape ble sy masak kuah ni rase pahit ye? Sbb seraibke?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.