BEN ASHAARI

Thursday, August 1, 2013

IKAN KERISI BERLADO....RINGKAS TAPI SEDAP!!..

rsz_ikan_kerisi_berlado
Berbuka ringkas itu lebih sedap, bukan tak boleh nak meriah atau penuh semeja, tapi bila berbuka, banyak mana sangat lah yang anda boleh makan. Kalau terlebih nanti, mulalah nak solat pun rasa lemau. Cm masak yang mudah2 saja, tapi ada juga yang tegur kata cm masak banyak jenis. Bukan macam tu, kat rumah cm bukan semua orang makan benda yang sama. Kalau masakan ada petai, abang cm tak makan, kalau ada tempoyak bak dan abang cm tak makan juga. Jadi cm pun masaklah menu ringkas untuk mereka. Bak pulak tak boleh makan pedas tapi yang lain memang suka pedas. Kalau anda dalam situasi cm macam mana?.....Tu pasal nampak macam masak banyak jenis tapi dalam kuantiti yang sederhana. Apa2 sekali pun memasaklah dengan ikhlas hati. Kadang2 kita mengharapkan imbuhan pahala, tapi pada cm biarlah itu Allah swt yang tentukan...kita buat seikhlas mungkin....

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kerisi saiz besar, siang dan kelar, cuci bersih*
Sedikit garam dan serbuk kunyit*(*dilumur pada seluruh ikan termasuk bahagian dalam, perap 10 minit)
2 biji limau kasturi, diperah jusnya
Gula dan garan secukup rasa

BAHAN-BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
5 biji cili merah
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji buah kerasm hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ikan tadi hingga masak, tak perlu sampai terlalu garing, angkat, toskan dan alih ke dalam pinggang yang sesuai. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan2 tumbuk hancur hingga harum dan garing, guna api kecil dan kacau selalu. Tambah garam dan gula secukup rasa, akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul dan masak sekejap.
  3. Ceduk sambal tadi dan letak atas ikan kerisi goreng, ratakan dan boleh dihidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....Selamat mencuba..

9 comments:

CT Delima said...

Wahhh..menu ringkas tapi memikat selera.

Delima Zamrud said...

Sambal ikan nie mmg membangkit selera kan..

adda syuhada said...

ikan kerisi berlado ni mengancam betul lah..

FaKArePa!n said...

jangan dipandang hanya pada rupa..hehehe

Jojet said...

ini menu berbuka sy 2-3 hari lepas..mmg bertambah nasik klw makan, hehe!

ieta said...

sedapnya...

Ratna Dan Hafizan said...

best ni! nak masak lauk ni lah this weekend... ^_^

Budak Buas.... said...

mak oiiii, buat terliur ja nie. mesti nak try nie.....

mamarayyan said...

Gee suka goreng ikan kerisi berlada mcm ni.. tp gee x pnh ltk buah keras. .lepas ni blh ah cuba guna resepi ni.. .mesti best ni.. terbayang mkn panas2.hubby pun suka grg mcm ni. Nanti ada masa singgahlah di blog gee pulak.

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.