MENGIDAM APAM KAMPUNG DI BULAN RAMADAN...

rsz_apam_kampung (1)
Assalammualaikum semua, salam Khamis, entri pertama hari ini cm letak satu benda yang cm nak makan sejak awal Ramadan lagi, tapi bahanakan asyik mengulit kerja lain, maka terlepas pandang. Bila sampai masa berbuka baru teringat nak makan. Kebetulan Bak juga mula bersuara dua hari lepas teringin nak makan apam kampung, maka semalam lepas projek buat biskut raya, dan lepas cm berehat sebentar (konon2nya melelapkan mata, tapi cuma 30 minit aje), cm ON kan projek mengapam pulak. Sebenarnya dalam simpanan resipi cm, ada beberapa resipi yang cm salin. Kali ni cm guna satu resipi yang agak mudah dan apam yang dihasilkan juga sedap, tidak melekit dan bersaiz agak besar. Cm kukus dalam loyang 10 inci x 10 inci x 3 1/2 inci dan cm guna kukus elektrik. Kalau anda nak cuba buat dan takut banyak, buat 1/2 adunan. Resipi seperti berikut.

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula merah (gula timbang)*
2 camca besar gula pasir*
2 1/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*masak hingga gula larut, tapis dan sejukkan)
3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1/4 camca teh garam
10 gram instant yeast (mauripan)
1/4 cawan air suam
Secubit gula
Kelapa parut putih secukupnya*
Sedikit garam*(*disatukan dan kukus sekejap)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, satukan instant yeast dan air suam, masukkan secubit gula. Kacau hingga larut dan biar hingga bancuhan yeast berbuih (kurang lebih 10 minit). Sementara itu satukan tepung gandum, tepung beras dan garam, gaul rata.
  2. Masukkan bancuhan yeast yang telah berbuih ke dalam tepung (buat lubang ditengah2 tepung tadi), kacau rata dan tuang air gula merah sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga mendapat bancuhan yang licin dan tidak berbintil2, habiskan air gula merah tadi. Ketepikan sebentar.
  3. Sapu tin berukuran 10inci x 10inci x 3inci dengan sedikit minyak (cm guna majerin), tuang bancuhan apam, dan tutup permukaan tin dengan plastik cling, perap 1 jam. Kemudian kukus atas air mendidih selama 40 minit. Sejukkan apam dan hidangkan bersama kelapa parut...
CATATAN MAT GEBU :-) Kalau guna kukus biasa, sila bungkus penutup kukus degan kitchen towel yang bersih dan boleh juga tutup permukaan tin sebelum dikukus. Bertujuan untuk mengelakkan air menitis dibahagian tengah apam dan membuatkan apam jadi lekuk.....Selamat mencuba!!!..




Post a Comment

8 Comments

  1. Lama dah kakak tak makan apam ini CM. Gebus betul!!

    ReplyDelete
  2. Uish sedap apam ni. Nak buat tak reti. Thanks share!

    ReplyDelete
  3. kat tempat phat femes nama Apam Johol

    ReplyDelete
  4. Mmm..terliur pulak..bahaya sungguh mak tgh bunting..nak buat jugak la..

    ReplyDelete
  5. Mmm..terliur pulak..bahaya sungguh mak tgh bunting..nak buat jugak la..

    ReplyDelete
  6. Salam En Mat..Anak-anak saya suka sangat makan apam ni.. makanan istimewa yang ditunggu-tunggu dan dihidangkan setiap kali balik rumah mak mertua, sampai saya tak tergamak nak buat kat rumah.. takut kecik hati MIL cucu dah tak excited dengan apam dia...

    ReplyDelete
  7. Lama tak makan apam ni.. Sedapnya.. Teringat dulu bonda selalu buat untuk makan2...

    ReplyDelete
  8. kalo xde instant yeast apamnya x jadi ke? kat kwsn saya nie susah lah pulak nak cari instant yeast punya produk.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.