BEN ASHAARI

Tuesday, June 25, 2013

AYAM KAMPUNG MASAK KURMA...

rsz_kurna_ayam
Salam semua, apa khabar? Hari ni cm letak entri lewat, tapi takpe lah, asalkan ada entri, yea tak?...Kata orang rezeki jangan ditolak. Macam tu lah yang terjadi pagi semalam. Jiran cm, bagi ayam kampung. Plan asal cm nak masak ikan saja, tapi bila dapat ayam kampung yang sudah siap di bersihkan, tinggal dikera2 saja, terus cm tukar plan. Nak masak kari rasa macam tak bess dah. Teringat Bak suka ayam masak kurma, ok, jomm masak kurma ayam. Tapi kurma ayam yang cm masak tidak lah ikut law sangat dan mungkin banyak beza dari kurma ayam yang anda masak. Satu yang bes masakan macam ni, anda boleh makan dengan nasi putih, nasi minyak, beriani dan semua jenis nasi berperisa (kecuali nasi lemak). Dan boleh dicicah dengan segala jenis roti kosong, capati, roti canai dan segala jenis suku sakat roti. Kurma pada asasnya tidak lah pedas dan rasanya kurang 'keras' dari rasa masakan kari. Cm masukkan kentang dan juga trafficlight capsicum. Trafficlight capsicum tu sebab cm nak habiskan stok. Kebiasaannya cm guna cili merah dan hijau. Resipi seperti berikut.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam kampung (kurang lebih 1kg), potong ikut suka, cuci dan toskan
4 biji kentang, kupas dan belah 4 setiap 1, rendam
1/2 biji trafficlight capsicum (merah, hijau, kuning), dipotong kiub besar2
1 helai daun pandan, disimpul
1 cawan pati santan
1 biji tomato merah, cincang halus
2 camca besar kerisik
1 camca besar bawang goreng
1 camca besar gula Melaka
3 camca besar rempah kurma (Baba's)
Garam secukup rasa
2 camca besar minyak sapi
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili hijau
1 inci halia
3 biji buah keras, hiris
1 camca teh lada hitam biji

BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih hiris
1 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
2 tangkai daun kari, dilurut
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan rempah kurma, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak sapi. Masukkan bahan2 tumis dan daun pandan. Masak hingga semua layu. Tambah tomato dan kacau rata, biar tomato lembut. Masukkan pes rempah, kacau rata dan masak hingga rempah harum dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu..
  2. Tambah ayam dan bawang goreng gaul rata dan masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya. Kacau dan biar mendidih perlahan hingga ayam 3/4 empuk (kalau kuah kering, tambah air panas). Masukkan kentang (toskan), kerisik dan pati santan. Kacau rata.
  3. Masak hingga kentang empuk. Tambah trafficlight capsicum, gula melaka dan garam secukup rasa. Kacau perlahan dan biar kuah pekat sedikit. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, nasi berperisa, roti dan sebagainya.
CATATAN MAT GEBU :- Anda boleh ganti trafficlight capsicum dengan belahan cili hijau dan merah, boleh juga masukkan bawang besar yang dibelah 4, kalau nak tambah tomato pun boleh. Jika tak nak guna santan, boleh ganti dengan susu cair......selamat mencuba!!

7 comments:

Umie Jazz said...

Assalamualaikum CM salah satu menu kegemaran saya....lama dah x buat...nampak CM tayang terasa pulak nak buat

HASRUL HASSAN said...

Ohh Cik Mat, ada letak kerisik ehh? Tak tahu la pulak ... hmmm makin berlemak la ayam kurma ni ehh?

www.hasrulhassan.com

UbahSuai RUMAH said...

UBAHSUAI RUMAH area kajang, bangi, cheras, serdang, puchong, subang, shah alam, kepong, nilai, ampang, gombak (Selangor/KL) Sambung dapur, parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster, plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL. Hubungi: 0182233854 khaidir click → FACEBOOK atau → BLOGGER dan → CONTACT

Qashmere said...

Saya confuse jintan manis dan jintan lagi satu. Boleh terangkan tak???? Jintan manis dan putih tu sama ke?

Kak Mahh said...

Sedapkan...makan masakan sendiri.

Aku Penghibur said...

wahh siap ada kerisik nie, mak selalu bbuat , balik nie nak ssuruh masakan la

musa nora said...

jintan kasar,yg besar sikit tu,e2 jintn manis n yg jintn halus tu jintn putih

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.