BEN ASHAARI

Wednesday, May 22, 2013

KUZI KAMBING....

rsz_kuzi_kambeng
Assalammualaikum, salam Rabu. Hari ni cm masak kuzi kambing. Dulu cm memang tak makan kambing, salah satu sebabnya bau dia yang agak seksi, tapi sekarang ni makan dah cuma dalam kuantiti yang sederhana. Bila masak kambing, teringat kat jiran cm yang ini, dulu dia pun tak makan kambing, laa ni dah hantu kambing. Cm agak konpius pagi tadi dengan daging kambing ni, tatau nak masak apa, kari dah, masak beriani pun dah, kalau boleh nak masak yang agak mudah dan tak perlu santan. Selak2 buku resipi Kak Liza, dan ternampak resipi Kuzi Kambing yang sungguh mengiurkan, tapi..masalah pulak, cm takde rempah kuzi, huhu..Takpelah ku derhakakan saja, cm guna rempah kari daging dan rempah kurma, cm kasi campur, tapi anda kalau nak buat, beli lah rempah kuzi, baru nama dia kuzi. Rasa dia ada manis sedikit sebab campur dengan kismis (dan cm tambah sedikit gula melaka). Dan buat Sueiza yang punya blog di sini, boleh lah cuba resipi kuzi, guna daging atau ayam  pun boleh...Kita lihat resipi yea dan minta maaf Kak Liza sebab cm guna bahan2 yang ada kat rumah saja...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg daging kambing, potong kiub besar2, cuci dan toskan*
2 camca besar rempah kari daging*
1 camca besar rempah kurma*
1 inci halia, tumbuk halus*
3 ulas bawang putih, tumbuk halus*(*gaul rata dan perap sejam)
2 biji tomato, dipotong kiub
1 cawam yogurt perisa asli
1/2 camca besar gula melaka
1/2 cawan kismis
2 biji cili merah, belah 2 setiap 1
2 biji cili hijau, belah2 setiap 1
1 biji bawang besar, belah 4
1 cawan sos tomato
Air secukupnya
Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
15 tangkai cili kering, dibuang biji dan rendam dalam air panas 10 minit dan toskan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan sos dan kacau rata. Tambah daging kambing yang telah diperap tadi. Gaul rata dan biar hingga daging kecut. Masukkan kismis dan air (hingga daging tenggelam). Biar mendidih
  2. Tambah tomato dan masak hingga daging empuk, masukkan yogurt dan gula melaka, kacau rata. Masuk bawang besar yang dibelah, cili hijau dan cili merah. Kacau dan biar hingga pekat. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi...
CATATAN MAT GEBU :- Che mat masak kuzi kambing dalam periuk tekanan dan cm tumis sekali gus dalam tu, masukkan daging, kismis, tomato (yang ni cm asingkan sikit, letak kemudian sebagai hiasan) dan yogurt serta sedikit air. Masak kurang lebih 25 minit. Kemudian baru tambah bawang besar dan cili belah. Masak hingga pekat dan masukkan tomato yang diasingkan tadi, perasakan dengan garam secukupnya, masak sekejap dan boleh hidangkan....Selamat mencuba.

11 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

nanti Kak Sari nak rekomen dengan CM rempah kuzi Kak Sari ya... (ops! bukan Kak Sari buat rempah tu.. adalah ceritanya, nanti cerita ya...)

Mat Gebu said...

@ SKTJ - ok kak, huhu, saya takde simpan rempah kuzi...ku belasah je lah apa yang ada..

Cik Ngah said...

Terima Kasih Pcm,nanti sue cuba ye...nampak Mudah je Ni...

fizafantagirO said...

kak sue cuba pastu kasi kami rasa eh..hihihi

MamaFaMi said...

Kuzi Kambing tak mau Mat. Mama tak makan kambing. Ce ko buat briyani ayam ke... pas tu hulur sini eh... thank you Mat...

adda syuhada said...

terliurrr!!!

Adams Ayens said...

masya allah sedap la pula nengok terliurr...tpi NB pun tak ske bek-bek nih..berbau seksi..

Chah said...

Sedap kamben! Errr masak kuzi x penah...makan?sgt pernah...baksket CM.!

A.B.M said...

wahh. nampak sedappp.
belum try lagi resepi kuzi ni.
okeyy, bookmarked! :)

deno said...

tak boleh mkn kambing sbb BP tinggi

lin said...

Memang sedap resepi ni..dah beberapa kali masak guna daging kambing dan ayam . Pernah guna resepi ni untuk lauk kenduri.. TQ Mat Gebu

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.