Assalammualaikum, salam Khamis. Tengah hari ni cm tak masak, ehh masak, tapi yang betul2 mudah saja, itu pun masak untuk Bak, cm pulak masak megi kambing derhaka, untuk sarapan merangkap makan tengah hari. Sebenarnya takde apa lah sangat. Cm boring lah pagi ni, jadi mulalah menggatal nak menderhaka apa2 yang boleh. Ingat tak semalam cm masak kuzi kambeng, jadi cm guna kuzi kambing tu sebagai salah satu rencah untuk kuah mi maggi, cm guna maggi kari. Resipi pun bukan lah susah mana, ikut gerak hati saja. Tak yah nak pening2. Cm guna kurang lebih 3 ketul daging kambing dari masakan kuzi. Kalau anda suka kuah lebih, anda boleh tambah sedikit lagi air. Mat tulis serba ringkas resipinya..entri pilihan DTS di sini....geramm sangat dengan dia...grrrr...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi perencah kari (asingkan renncahnya)
2 camca besar kuah kuzi kambing (resipi seperti entri sebelum ini)
3 - 4 ketul daging kambing (dari masakan kuzi kambing)
3 batang kacang buncis, kerat pendek
3 keping cendawan tiram, potong kecil
1 biji telur
2 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, cincang halus
1 pokok kecil daun sup, hiris
3 cawan air (atau secukupnya)
Hirisan daun bawang/daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang merah dan putih hingga harum, masukkan kuah kuzi kambing dan kacau rata. Tuang air dan masukkan perencah kari maggi. Kacau rata dan biar mendidih. Perlahankan api dan masukkan telur. Biar hingga telur mengeras, kacau perlahan.
- Masukkan daging kambing, dan kacang buncis. Tambah mi maggi dan biar hingga mi lembut. Tambah cendawan dan jika suka kuah lebih, anda boleh tambah sedikit air panas. Masak sekejap dan boleh diangkat. Tabur hirisan daun bawang dan daun sup serta bawang goreng sebelum dihidangkan.
CATATAN MAT GEBU :- Kata orang mi segera ada bersalut sejenis bahan untuk mengekalkan keanjalannya. Anda boleh celur sekejap mi maggi tadi dalam air panas, kemudian toskan dan baru dimasukkan mi ke dalam kuah. Sekadar berkongsi tips...harap membantu...Selamat mencuba!,,,
5 Comments
Xsangka Ada Kambing Derhaka..Nasib Bukan Kambing Si Tanggang..
ReplyDeletehttp://shafiqhashim.blogspot.com/2013/05/kelab-kipas-blogger-dan-iklan-jualan.html
Mengancam seh!
ReplyDeleteSedapnya...
ReplyDeletewah kambing derhaka lagi..papa pun memang mengancam
ReplyDeletebila tgk perkataan derhaka terus terbayang petir.
ReplyDeletetenkiu cik mat utk tips tu,harus celur air panas sekejap.