Assalammualaikum, salam Selasa. Hari ni tak masak apa sangat, memandangkan bonda dan abang cm berpuasa, cm kasi masak sup ayam dan tadi dah rebus ketupat segera. Menu yang cukup mudah. Atas permintaan bonda sebenarnya, dan bonda pesan tak payah masak apa2 lagi. Cm opkos lahh suka, jadi tak payah masak apa2 lagi, tinggal kasi bikin air panas saja nanti. Sup ayam dah biasa sangat cm buat. Selain elok untuk berbuka puasa (bagi yang berpuasa bulan Rejab). Ia juga versatile, nak makan macam saja pun boleh, dengan ketupat atau nasi impit pun sesuai, guna mi kuning, mi hoon, pasta, spaghetti, kue teow, semua sesuai. Macam hari ni cm cuba guna mi kering tanpa telur dan pewarna jenama TESCO untuk che mat. Mereka yang ada alahan telur, boleh menikmati mi kering ini tanpa ragu2. Satu lagi kalau betul2 nak kasi kick, wajib ada sambal kicap. Kalau kami orang2 Johore, tak sah kalau takde sambal kicap dalam apa2 hidangan bersup atau sebagai pencicah cemilan2 bergoreng seperti pisang goreng, keledek, keladi dan sebagainya...Resipi sekadar yang biasa2 saja...tak larat dah nak masak yang ala2 istana punya...hahaha...Jomm kita mula masak...yearghh!! Ehh kejap2, apa yang cm nak kasi tau ni penting terutama untuk anda kaum wanita yang ayu jelita, baca sini...hati2 ok, sekadar ingatan dari cm juga...
Contoh mi kering tanpa telur jenama TESCO yang cm guna. Boleh dapatkan di TESCO berhampiran anda...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam pencen (kalau nak guna ayam kampung lagi bess)
4 biji kentang, kupas, belah 4 dan rendam
1 pokok kecil daun sup, kerat kasar
1 camca besar bawang goreng
1 kiub ayam (Maggi)
1 sup bunjut, sup tulang
Air secukupnya
Garam secukup rasa
BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 camca besar penuh lada hitam biji
2 biji buah keras, hiris
BAHAN-BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 batang serai, dititik
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi kering secukupnya (seperti dalam gambar atau mi pilihan anda) rebus ikut arahan pada paket
Tauhu, goreng dan hiris
Taugeh, buang ekor, cuci dan toskan
Hirisan daun bawang
Hirisan daun sup
Bawang goreng
Sambal kicap
CARA MEMBUATNYA :-)
- UNTUK SUP AYAM BERSERAI :- Ayam dipotong kecil, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, masukkan bahan2 tumis dan tumis hingga harum. Tambah bahan kisar dan masak hingga terbit minyak. Masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap, Tuang air secukupnya dan tambah sup bunjut. Biar mendidih dan sederhanakan api.
- Tambah kiub ayam, daun sup yang dipotong kasar dan 1 camca besar bawang goreng. Terus memasak hingga ayam empuk. Tuang air panas jika kuah sup kering. Bila ayam empuk, masukkan kentang (toskan) dan biar hingga kentang empuk. Tambah garam secukup rasa. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api.
- UNTUK MI SUP :- Masukkan mi secukupnya dalam mangkuk sesuai. Tuang kuah sup bersama2 isinya. Tabur hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Letak hirisan tauhu dan taugeh. Hidangkan panas bersama sambal kicap....Selamat menjamu selera..
5 Comments
Lapo2 dah le puasa...
ReplyDeletemenu menarik...
ReplyDeleteguna barangan tesco lebih berbaloi2
ReplyDeletecik mat,
ReplyDeletemintak resepi kicap cili tu plsss .. nampak ngam sgt pekat ..(mcm boleh terasa2 pedas masin manisnya)
terimakasih kerana sudi share resipi, memang best dan kena tekak kita orang... combo dgn sambal kicap pulak terangkatlah..
ReplyDelete