BEN ASHAARI

Tuesday, May 14, 2013

KUIH BAULU KACANG HIJAU...

rsz_kuih_bolu_kacang_hijau

Entri seterusnya, agak menarik. Teruja cm nak buat bila jumpa resipi ini di sebuah blog masakan Indonesia di sini. Bahan2 pun agak mudah, memandangkan cm sendiri masih ada stok tepung kacang hijau, apa salah mencuba. Kalau tak cuba try test macam mana nak  tau sedap ke tidak. Teknik buatanya sama dengan kaedah kek span, dan hanya menggunakan 25 gram tepung kacang hijau dan selebihnya tepung gandum (75 gram). Dan satu lagi rasanya sedang saja tak manis sangat. Memang lembut sebab ada menggunakan ovallet dalamnya. Apa salahnya sekali sekala kita cuba kelainan, buah kuih baulu ni dan hidangkan untuk minum petang, atau untuk majlis2 peribadi. Mesti ada yang tanya dengan kelainan rasa yang sedap...

rsz_kuih_bolu_kacang_hijau1

Satu aduna ini menghasilkan dalam 12 - 13 biji kuih baulu, bergantung pada saiz acuan yang anda guna. Cm guna paper cup saja. Anda boleh juga hias dengan sedikit buttercream atasnya. Sebab cm tak kuasa nak buat benda2 tu..Ku biarkan saja lah togel macam tu, tapi keaslian itu punya tarikan tersendiri, yea tak?...Nampak gebu kan baulu kacang hijau atas ni, memang gebu dan lembut...yang tak de gigi tak perlu risau, insha Allah tak menyulitkan anda untuk makan, masuk dalam mulut, gigit sikit....(errr guna gusi lah yea kalau takde gigi...hehe) dan kejap lagi ia lepas menglunsur ke dalam tekak...alhamdulillahh... Teringin nak mencuba?....Jomm kita lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
75 gram tepung gandum*
25 gram tepung kacang hijau*
1/4 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
3 biji telur gred A
1 camca besar Ovallate
100 gram gula pasir
20 gram mentega, cair dan sejukkan
1/2 camca teh esen vanilla (cm tambah)
1 camca besar pati santan (boleh ganti dengan susu segar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan muffin dengan paper cup sesuai atau guna paper cup jenis keras. Ketepikan.
  2. Putar gula dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat (kurang lebih 7 minit). Perlahankan kelajuan, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Putar sebati.
  3. Masukkan esen vanilla, pati santan dan mentega cair. Gaul rata menggunakan spatula. Sudukan ke dalam acuan 3/4 penuh (atau hampir penuh), buat hingga siap. Bakar 20 - 25 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan boleh hidangkan untuk minum petang..

11 comments:

Hafizah Mohamad said...
This comment has been removed by the author.
Hafizah Mohamad said...

Salam...nampak gebu ja bahulu kacang hijau ni...=)

Sury Abil said...

Salam cm...memlm tyang bahulu...gebusss pulak tu...lama dh teringin ni buat ni...masih mencari2 resepi yg mantap...save dulu ye resepi nya...nnti kite menerai nya..:-)

Lada Benar said...

gebu bahulu..patut namanya Bahulu Gebu... just amazed with the photo...looks tempting

Gee® said...

Menarik ni CM...nk mencuba laaa....

ninazsyafinaz said...

selepas projek tepung gomak hari tuh..ader lebih lagi tepung kacang hijau..boleh saya cuba buat nih ..satu adunan tuh dapat berapa biji ye abg mat?

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

menarik sgt resepi ni mat. akak sehari dua ni pun tekak terasa nak mkn baulu.. tp tulah.. nak membuatnya mcm tak berapa rajin la pulak... apa2 hal akak salin dulu resepi ye mat... t.kasih.

nea lopah said...

wow..gebus mcm c.mat.

MIEDAJAZ said...

Hi Mat, resipinya nampak simple..rasa-rasanya nak cuba buat..

Tina Zulkifli said...

Teringat Kat arwah nenek sy...mmg sedap kuih ni..kalau Kami balik kg mesti request nenek wat baulu ni....kitaorg pggil baulu pekak....tp skrg nenek dah x de so kena la sy wat sendiri...sib baik jumpa resepi so bole la sy cuba....

AhkakGojes said...

Seharusnya la gebu...wuuwuwuwuw..suka tengok gebu2 ni CMG

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.