BEN ASHAARI

Thursday, April 18, 2013

PIZZA ORANG MALAS.....SEDAP JUGA!!...

rsz_pizza_org_malas

Assalammualaikum, entri tunggal hari ini cm letak satu benda yang senang dibuat dan cepat dimakan tapi dengan syarat, bahan2 ada kat rumah. Hari ni memang cm tak masak apa, ok lah kalau kata tak masak apa maca tipu pulak. Pagi tadi ada hal sikit dan cm ikut abang cm ke JB, jadi cm masak yang ringkas, memandangkan lauk semalam masih ada, cm kasi rebus bendi, masak nasi dan goreng ikan masin sepat untuk Bak. Ada sebab cm ikut, sebabnya nak beli makanan kucing, grrrr...kesian pulak, cm mengaku lah, cm bukan suka kucing sangat tapi bukan lah membenci. Petang tadi rasa boring dan cm pulak baru ada gadget baru masak2, tu yang nak cuba sangat. Tapi lain kali cm cerita apa benda tu, tunggu dapat lampu hijau dulu ok. Pizza yang cm tunjuk ni, semua orang boleh bikin, anak2 pun boleh tapi atas pantauan orang dewasa, sebab bermain dengan pisau dan oven agak merbahaya bagi mereka...

rsz_pizza_org_malas1
Untuk resipi pizza orang malas, cm guna roti pita, sos tomato + sedikit sos cili,  sosej ayamas, tomato, bawang jeruk (yang ni optional) dan keju mozarella. Tu je, sikit kan bahan2 dia, maklumlah cm makan share dengan anak buah, tu pun dia rasa aneh je bila termakan bawang jeruk, tapi sebab takut dengan 'pak ucu' dia makan dan kata sedapp dalam keterpaksaan. Kalau penduduk ramai buat lebih. Tiada batasan bahan2 yang anda nak letak, udang, sotong, ikan tuna dalam tin, sardine, semua boleh. Kalau nak lagi thrill sos base dia boleh ganti dengan sos lada hitam, betul2 fusion jadinya.. Cm tulis serba sedikit bahan2 yang cm guna...Jomm lihat resipi...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 keping roti pita
2 batang sosej ayamas
1 biji tomato
4 camca besar penuh sos tomato
2 camca besar sos cili
Beberapa biji bawang jeruk (optional)
Parutan keju mozarella secukupnya
Sedikit hirisan herba basil segar (optional)
Sos kegemaran anda untuk dimakan bersama pizza

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Celur sosej, kemudian hiris sederhana tebal. Tomato dibuang biji, kemudian didadu kecil bahagikan kepada 2 bahagian (sebab nak buat 2 keping pizza orang malas). Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 180C, ambil sekeping roti pita, sudukan 2 camca besar sos tomato dan 1 camca besar sos cili, ratakan. Tabur 1/2 bahagian hirisan sosej, 1/2 bahagian tomato yang didadu, sedikit bawang jeruk yang dibelah. Tabur keju mozarella rata2. Buat kaedah sama untuk baki bahan2.
  3. Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga keju mencair dan menjadi sedikit keperangan. Keluarkan dari oven dan tebur hirisan herba basil segar, hidangkan panas bersama sos kegemaran anda. Sedap dimakan suam..Selamat mencuba!...


9 comments:

Paly said...

kene try ni, malas pun nampak selera gak tu..

rinduan citarasa said...

lama tak meng'pizza.. rindu nak baking. tapiii. xada y nak abiskan.. sedih

Cik Honney said...

sedap ke bawang jeruk tu???sesedap jeruk pelam x..hehe

http://www.wadahberbicara.my/

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Sari rasa bahan penting utama pizza ni adalah keju mozarela. Masalahnya rumah Kak Sari selalu yg ada krim keju, kalau guna krim keju takut jadik kek pulak, hehehe

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Kak Sari rasa bahan penting utama pizza ni adalah keju mozarela. Masalahnya rumah Kak Sari selalu yg ada krim keju, kalau guna krim keju takut jadik kek pulak, hehehe

puspawangi said...

masa anak kecik dulu, saya guna roti putihh je..bahan2 pun lebihkurang, ekkadang guna keju cheddar slices je..hehee kita yg buat dia..siap buat bekal gi sekolah lagi..

JunAina said...

Idea baru untuk masak dan makan2 untuk anak2...

Adams Ayens said...

sedapppnye...
bole tak ninkbuyen nk belajar..bole ye NB amek resepi simple ini..
sangat teruja laa nk bikin..

dyba gula-gula said...

Sedapnyer. Pakai roti pita mmg sonang!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.