GULAI PISANG RAJA TALUN...

rsz_gulai_pisang_raja_talun
Salam Jumaat semua. Pagi ni hujan sikit kat kampung cm, alhamdulillah rasa sejuk sikit tapi masih berbahang. Sejak2 ni cuaca panas yea amat, semalam je 6 kali cm mandi, nasib baik dalam bilik air guna tempayan naga, walaupun 'naga', tapi air dalamnya, dingin je..hehe. Entri pertama cm share dengan anda gulai pisang raja talun. Cm masak awal pagi tadi atas permintaan. Pisang raja talun rupa dia seakan2 pisang tanduk, tapi cm rasa pisang raja talun lagi sedap. Dan bonda suruh cm masak gulai sama tulang ikan masin kurau. Sebab saiz pisang tadi tidak besar sangat, cm guna dalam 7 biji, kalau besar guna 4 - 5 biji sudah memadai. Satu yang bess pasak gulai pisang, Ia lagi sedap dimakan keesokkan harinya, nak2 bila kuah pisang menjadi pekat. Ok takmo cerita banyak, meh cm tulis resipi dia, kalau takde pisang raja talun, gunalah pisang kari, juga sesuai...

BAHAN-BAHANNYA :-)
6 - 7 biji pisang raja talun
5 ketul keratan tulang ikan masin kurau, rendam
3 batang serai, dititik
1 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
Air jika perlu
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
20 biji cili padi hijau, kampung
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kupas pisang, hiris sederhana tebal dan rendam. Tulang ikan kurau masin, dicuci bersih dan rendam 30 minit. Toskan pisang dan masukkan ke dalam periuk bersama bahan kisar halus, serai titik dan asam gelugor. Gaul rata dan masak hingga mendidih.
  2. Tuang santan cari dan kacau perlahan. Biar mendidih dan tambah tulang ikan kurau masin. Masak sekejap dan tambah pati santan. Kacau dan masak dengan api sederhana hingga pisang empuk. Tambah sedikit garam (rasa dulu dan jika perlu baru tambah lagi) dan sedikit gula.
  3. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat, sambal belacan dan ikan goreng atau ayam goreng kunyit. Gulai ini lagi sedap dibiarkan beberapa jam sebelum dimakan.

Post a Comment

4 Comments

  1. eh eh.. pisang raja talun? pertama kali akak mendengarnya mat... mcmanalah rupanya ye?

    ehh... bila mat kata bilik air mat ada tempayan naga teringat2 dulu rumah mak akak pun ada gak tempayan naga.. warna hijau campur kuning2 langsat gitu... tp tempayan tu dah retak.. dah tak boleh nak tampung air.. nostalgia sungguh mengenangkan tempayan tu...

    ReplyDelete
  2. Hahaha...kalo lemak2 pisang ni tak bpe pandai nak mamam. Tapi tak tau laa mat gebu habaq pisang talun..
    camne lak rupanya tuu..

    Pasal tempayan..sekarang ni NB pakai tempayan dlm bilik air. Nak tau tak camne..beli je tempayan kat kedai bunga or kedai pasu2 yang besau tu..pastu suh depa tampal lobang2 bawah tu. dan bole terus guna..bila musim paneh sojukk je air tu. Tapi memandangkan sekarang nipun musim paneh tahap gaban. So tak tersejuk ayaq itu..hahahahah

    ReplyDelete
  3. Pisang raja talun pun kakak tak kenal macam mana nak cari... tengok CM punya masakan aje jadilah...

    ReplyDelete
  4. pertama kali Kak Sari dengar tentang pisang ni, tapi Kak Sari pun suka gulai pisang macam ni. Betul, besoknya dia jadik lagi pekat, kan... kami selalu tambah lada hitam dalam gulai, pehhh! boleh keluar asap kat telinga.. naga kat tempayan CM takleh keluar asap, kan????

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.