BEN ASHAARI

Monday, April 8, 2013

GOJIBERRY MOIST BUTTER CAKE..

rsz_gojiberry_butter_cake

Salam semua, lama takde entri kek. Bukan apa, cm malas nak buat kek sejak2 ni, lagi pun takde sapa nak makan. Cm pun tak boleh nak makan sangat benda2 macam ni, sebab manis dan kolstrol dia tu, maklumlah guna mentega. Tapi hari ni tergerak hati nak membaking, dan cm dah plan sejak beberapa hari lepas nak cuba guna 'gojiberry' sebagai bahan tambahan dalam kek. Apa benda pulak tu gojiberry?. Gojiberry atau dalam bahasa inggeris dipanggil wolfberry satu jenis buah berry yang punya kandungan antioksida yang tinggi dan juga tahap kerotin yang bagus untuk mata...kalau anda nak tau lebih lanjut kebaikkan 'gojiberry' boleh baca di sini (maaf cm tak rajin nak salin....)

rsz_gojiberry_buttercake1

Kalau anda perhatikan nanti resipi kek mentega yang cm buat agak biasa saja, tapi cm oter dan tambah 1 - 2 bahan lain. Gojiberry ni cm guna dalam 25 gram dan direndam 1 jam dalam susu segar. Rasa gojiberry seakan2 kismis, tapi kurang manis dan warnanya agak menarik. Anda juga boleh jadikan resipi ini sebagai cupcake selain dibakar dalam loaf pan macam cm buat. Satu lagi untuk mendapat potongan kek yang kemas, simpan kek dalam peti sejuk setengah jam, dan guna pisau yang tajam untuk memotong. Kek ni, kejap je hilang sejuknya bila anda letak kat luar dan boleh hidangkan pada tetamu..

rsz_gojiberry

Ini contoh gojiberry yang cm guna, anda boleh beli dikedai2 perubatan cina atau 'sing seh'...ada juga jual di tesco kalau tak silap cm. Resipi seperti berikut....

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega (cm guna SCS)
2 biji telur gred A
100 gram gula kastor
100 gram tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
1 camca besar yogurt
1 camca teh esen vanilla
25 gram 'gojiberry' *
2 camca besar susu segar*(*disatukan dan rendam 1 jam)
Sedikit gojiberry untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser loaf tin berukuran 6 inci x 2.5 inci x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula kastor hingga putih, masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang, guna kelajuan sederhana. Masukkan esen vanilla dan yogurt, putar rata.
  3. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung berselang seli dengan gojiberry yang berendam dengan susu segar tadi (masukkan sekali dengan susu) hingga habis, putar rata. Tuang dalam tin kek dan ratakan. Tabur sedikit gojiberry sebagai hiasan.
  4. Bakar 50 - 55 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan dan biar kek sejuk sebelum dipotong dan boleh hidangkan.. Jika permukaan kek cepat gelap tapi kek belum masak, tutup permukaannya dengan aluminum foil atau tudung periuk dan sambung bakar 7 - 8 minit lagi..

7 comments:

Azie said...

Dah lama tak buat kek, tapi sekali buat terus gorjes punya kek

kkida @ 1001resepi said...

sedapnye mat...telan air liur kkida tengok...bak mai la sikit...:)

Rozuan Ismail said...

pergh, ini sekali makan nak semua ni

mimie said...

cantiknya cake tu CM ...

MamaFaMi said...

Alkisahhhh... mama ingatkan apa bendaalah la gojiberry ni. Rupanya wolfberries. Kalau yang ini, banyaklah kat rumah ni. Leh buatlah nanti....

Arissa Adelia said...

terliur tgk semua resepi CM.rasa macam nak pindah duk sebelah umah CM je..hehehe..

sazimawati ahmad said...

memang menarik semua resipi yang mat pos kat sini mau meleleh air liur... perghhhhh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.