ASAM TUMIS SINGGANG...

rsz_asam_singgan_tumis
Salam semua, dah makan?....Pagi tadi cm masak nasi lemak, itu pun atas permintaan Bak, cm tak berapa nak sebenarnya nasi lemak, tapi bila dah masak, ku makan jugak lah. Untuk tengah hari cm masak yang senang dan ringan sahaja, pendek kata masakan tak berprofile tinggi. Asam tumis singgang saja. Guna 2 ekor ikan kerisi bersaiz agak besar. Ikan tu cm goreng siki kasi dia embal2, tak perlu sampai garing, yang ni terpulang pada anda, samada nak goreng dulu atau tidak. Selalunya kalau singgang cm suka masam sikit, dan kali ni guna asam jawa. Bak, tak berapa suka asam keping. Selain ikan kerisi, anda boleh saja guna ikan lain, ikan merah, kembong, tongkol dan sebagainya janji ikan yang ada isi. Menu macam ini sesuai juga untuk mereka yang kurang sehat, nak2 kalau demam, memang ngam...makan dengan nasi yang dimasak lembut....hmmm, yang tak sakit pun suka..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 ekor ikan kerisi, saiz besar, disiang dan cuci bersih, toskan
1 batang leek, kerat pendek dan rendam
1 biji tomato, belah 4
1/3 cawan jus asam jawa
1 kiub ikan bilis (optional)
1 biji cili merah, belah 2
1 biji cili hijau, belah 2
3 biji bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Air secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan dikelar sedikit, gaul dengan sedikit kunyit dan garam. Goreng ikan tadi hingga masak, tapi tak perlu sampai garing, kasi embal2 sudah memadai. Angkat, tos dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum. Masukkan serbuk kunyit dan gaul rata, masak sekejap. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan), masukkan kiub ikan bilis, kacau dan biar mendidih.
  3. Masukkan leek (toskan), cili hijau/cili merah dan jus asam jawa. Kemudian tambah ikan tadi. Kacau perlahan dan masak hingga mendidih. Perasakan dengan garam secukupnya. Akhir sekali masukkan belahan tomato. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat..

Post a Comment

1 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.