PETI SEJUK MITSUBISHI L4 GRANDE YANG MEWAH!

Bagi mereka-mereka yang rajin memasak dan suka merai tetamu sambil makan-makan atau punya keluarga yang besar, Che Mat sarankan agar anda memiliki peti sejuk Mitsubishi L4 Grande keluaran terkini Mitsubishi Electric. Kenapa harus Mitsubishi? Ini Kerana jenama yang telah berada di pasaran dunia selama 40 tahun, menjadi kepercayaan pengguna rakyat Malaysia dan dunia sejak dahulu lagi terutama dari segi kualiti dan ketahanan, ehem...ehem...Che Mat sendiri pun guna peti sejuk Mitsubishi kat rumah, hampir 11 tahun dan masih mantap cuma model yang berbeza, bukan macam ni...

Peti sejuk Mitsubishi L4 Grande buatan Jepun ini dilengkapi dengan ciri-ciri instimewa disamping berkapasiti besar, 710 liter. Pintunya rekaan ala-ala "French Door" yang boleh dibuka kiri dan kanan. Didatangkan dalam 2 warna yang menarik dan sesuai dengan gaya hidup modern. Stainless Steel dan Diamond Black. Antara keistimewaan peti sejuk ini yang pasti buat anda ingin memilikinya, ialah...

ANTI-BACTERIA FOOD LINER - Bahagian dalam peti sejuk yang bewarna putih dibuat khas untuk menghalang pembiakkan bakteria merbahaya. Jadi lebih selamat untuk anda dan keluarga...

DEODORIZER TYPE - Dapat menghalang bau yang kurang menyenangkan dari bahan-bahan yang anda simpan dalam peti sejuk dan peti sejuk anda sentiasa berbau segar. Hmmmm, nyamannyaa!!..

VITAMIN FACTORY - Yang ini menarik, dengan adanya 'vitamin factory' (VF), sayur-sayuran yang anda simpan akan tahan lebih lama dari biasa. Maksudnya tak cepat kuning, kecut atau layu. Jadi kalau anda belanja terlebih pun tak perlu gusar sayur akan rosak dengan cepat. Berbaloi!..

DOOR ALARAM - Peti sejuk akan berbunyi jika pintunya tidak ditutup rapat. Boleh mengelakkan kecuaian yang kerap berlaku terutama pada kanak-kanak dan juga orang dewasa.

DOOR AUTO CLOSER - Satu lagi keistimewaannya, bila pintu peti sejuk kurang rapat, secara automatik ia akan tertutup dengan lebih rapat. Kaedah ini dapat menjimatkan tenaga elektrik...Jimat lagi.

LED LAMP - Penggunaan lampu LED seperti anda sedia maklum, dapat menjimatkan tenaga elektrik di samping itu, lampu LED punya jangka hayat yang agak lama... Dua kali jimat!..

ENERGY SAVING - Satu ciri khas yang menjadikan peti sejuk Mitsubishi L4 Grande ini lebih mantap dari segi penjimatan elektrik. Anda perasan tak butang 'energy saving' tu. Katalah anda perlu meninggalkan rumah untuk jangka masa yang lama, anda tekan butang energy saving dan penjimatan elektrik akan berlaku...Bertambah-tambah jimat!..

Pada pendapat Che Mat, kalau anda memilih untuk mendapatkan peti sejuk Mitsubihi L4 Grande ini, Che Mat percaya bil elektrik anda tetap terkawal dengan adanya ciri-ciri penjimatan seperti si atas. Tiba-tiba rasa nak rembat jugalah sebiji, kaler yang mana lawa eks?. Memang berbaloi dan yang pasti ianya menjadi topik bualan hangat bila tetamu berkunjung ke kediaman anda...Terus rasa jatuh cinta...

Post a Comment

13 Comments

  1. suka part door alarm tu.. tp adakah harganya semewah ciri2nya?

    ReplyDelete
  2. suka part door alarm tu.. tp adakah harganya semewah ciri2nya?

    ReplyDelete
  3. tetiba nak gedik manja kat en. suami.. wakakaka.. ;)

    ReplyDelete
  4. Menariknya tapi harga pun pasti meanrik juga tu.

    ReplyDelete
  5. Cik mat...harganya sama mahal dgn hantaran ank dara...alahai..

    ReplyDelete
  6. kaler grey ni cun c.mat, hehehe
    kalau beli ni mesti pikir nk isi apa plak dlm nya

    ReplyDelete
  7. Kakak punya Panasonic aje tapi masih elok kalau nak beli pun dapur kecik tak ada tempat nak letak..

    ReplyDelete
  8. kaler diamond black macam lagi cunnn..
    tapi harganyaaaaa mahaiiiiiii

    ReplyDelete
  9. Saya ada menyediakan perkhidmatan SERVICE & REPAIR barangan electric seperti ...Peti Ais,Mesin Basuh,Freezer,Chiller kedai....termasuk Installations,buka dan pasang Aircond unit Baru/lama. Sila hubungi Azman 019-3847890/016-6245043.tq

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.