BEN ASHAARI

Sunday, April 14, 2013

AYAM MASAK LEMAK CILI PADI..

rsz_ayam_lemak_cili_padi
Tengok gambar je dah tau, tu belum tengok tajuk entri, sah2 dua kali tau...Bila baca, alaaaa...dan beribu2 kali tau. Ayam masak lemak cili padi rupanya. Terus pi kat bahagian atas laptop atau pc ke kanan sekali menuju ke tanda "X" dan tekan...tau dah, ada yang boring, yang bosan dan segalanya. Bukan apa, cm update blog boleh dikatakan hari2, cuma sejak2 ni dah slow sikit. Jadi kalau dari segi logik akal, memang patutlah kan cm letak entri ulang tayang dan masakan tersenang didunia. Menu yang anda lihat ini cm masak semalam bersama lauk2 lain, untuk merai tetamu jauh, tapi cm rasa tak perlulah cm masukkan kat blog menu yang lain2 tu, sebab dah kerap sangat. Tau tak satu yang cm ingat bila masak ayam masak lemak cili padi ni?...Dah tentu lah Ady Budika...yang makin sibuk sekarang ni, moga dia berjaya dalam lapangan yang dia ceburi. Ok, resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 ekor ayam, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan
4 biji kentang, kupas belah 4 setiap 1 dan direndam
5 batang serai, dititik
2 keping asam gelugor
1200 ml santan cair
500 ml pati santan
1 kiub ayam (optional)
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
2/3 cawan cili padi kampung hijau 

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan ayam ke dalam peruk bersama bahan kisar halus dan serai titik. Kacau rata dan masak hingga aya kecut. Tuang santan cair, kacau dan biar mendidih, Masukkan kentang dan kiub ayam (jika guna), masak dengan api sederhana hingga kentang empuk.
  2. Tambah asam gelugor dan pati santan, kacau rata. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak lagi hingga ayam masak sempurna. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain.

7 comments:

watie husain said...

assalamualaikum..CM..udh sihat ke?..dh berselera la tu yek..sdap nye tgok..bole trgugt diet umimama mcm ni....umimama pn ska buat tp x berapa pedas sbb mr.hubby ska hirup kuah..kang pedas sian plk dia...

Eyriqazz said...

Adussh,cik mat buat saya mengeliur..dahla blom lunch n dinner lagi ni..

p.s : xde delivery ke KL ke cik mat?

aladdin said...

Baru semalam makan ikan kembung masak lemak cili padi kat umah makcik.

Lavender said...

saya wat masak lemak selalu tak jadik. anyway thanks mat gebu share kan resipi ini ;-)

omoukiss pearluv said...

assalam...cmt omo nk pinjam resepi dalam ni blh x?sb kne wt folio sejarah masakkan tradisional melayu utk pmr pnye mrkah omo tgk cmt pnye blog mmg terbaik

omoukiss pearluv said...

ni utk anak sedara omo boleh kan??

Mummy Ayda said...

My anak anak gemar lemak cili padi ni .mummy share ye CM.
TQ

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.