SPAGHETTI GORENG DOBO - DOBO

rsz_spaghetti_goreng
Assalammualaikum, malam baru sempat nak update. Petang tadi cm cuma sempat upload gambar ke laptop saja, sebab ada kerja yang perlu diselesaikan. Blog masakan bukan boleh tulis serba sedikit dan tekan publish, tidak semudah itu. Kena letak gambar yang mana ia memainkan peranan penting, tanpa gambar blog masak2 tiada makna. Setakat anda tulis resipi, siapa nak tengok, bila ada gambar nak2 anda yang masak sendiri, insha Allah akan memberi feedback yang baik. Entri pertama ini sebenarnya sarapan cm pagi tadi. Lepas projek memetik pucuk paku merah dan balik ke rumah rasa macam lapar tahap naga, maklumlah betul2 minum air kosong saja pagi tu. Terus cm rebus spaghetti dan campak2kan apa yang ada. Takde resipi yang tertip sangat, setakat apa yang ada dalam rumah. Cuma cm guna minyak zaitun untuk menumis....Betul senang nak buat ni, campak2 jee...Tapi jangan tercampak sudah lah yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
120 gram spaghetti yang belum direbus dan rebus hingga lembut, toskan
1 cawan isi ayam, didadu
5 biji tomato ceri, belah 2 setiap satu
1 genggam pucuk kacang (boleh ganti dengan taugeh)
3 camca besar sambal tumis
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak zaitun dala kuali, anggaran 2 camca besar. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu dan harum, kemudian masukkan sambal tumis, sos tiram dan sos cili kacau rata. Tambah daging ayam, masak sekejap dan tuang sedikit air dari rebusan pasta tadi. Biar pekat.
  2. Masukkan pasta, gaul rata2, tambah tomato ceri dan pucuk kacang. Gaul lagi hingga semua rata. Rasa dan jika kurang masin, renjiskan sedikit sos ikan. Masak sekejap, boleh matikan api. Hias ikut suka dan hidangkan segera.....Sempoi kann?.

Post a Comment

5 Comments

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.