BEN ASHAARI

Wednesday, February 13, 2013

BUBUR LAMBUK ORANG JOHOR.

rsz_bubur_lambuk_johor
Assalammualaikum, macam dah musim hujan pulak sekarang ni. Kat tempat cm dah berapa hari hujan dan langit mendung, matahari pun segan2 nak muncul. Nampak gayanya basi lagi lah kain baju...Hmm, takpelah apa2 yang Allah swt bagi, kita patut bersyukur, rahmat dan ada hikmahnya. Hari ni mat sebenarnya tak masak apa sangat. Memandangkan gulai pisang masih berbaki. Jadi hanya perlu masak yang mudah2 sebegai pelengkap. Pagi tadi tiba2 cm teringin nak makan bubur lambuk Johor. Sebab utamanya bila cm nampak pucuk paku merah yang memang cm simpan untuk dicampur dalam bubur lambuk Johor. Yang cm perasan, bubur lambuk orang Johor memang ada campur pucuk paku merah, tapi kan itu terpulang, kalau takde boleh saja ganti dengan pucuk paku hijau atau pucuk paku perak...

rsz_bubur_lambuk_johor2rsz_bubur_lambuk_johor1
Bubur lambuk yang ni agak berempah, sebab ada guna sup bunjut dan rempah beriani. Ada yang guna rempah sup atau soto, tapi cm lagi suka guna rempah beriani. Dicampur juga dengan kacang kuda dan kacang tanah (tak letak, stok habis..huhu). Kebiasaanya daging dicampurkan sekali, tapi sebab kat rumah cm ada yang tak boleh makan daging, cm ganti dengan isi ayam. Nak letak daging dan ayam sekali pun boleh. Sedap dimakan panas, kena pulak musim hujan macam sekarang ni. Dah bersedia? Resipi mudah seperti berikut dan satu lagi, cm syorkan guna beras siam untuk buat bubur, tapi kalau takde boleh pakai beras super tempatan....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras siam, cuci dan toskan
12 cawan air
1 cawan santan
1 helai daun pandan, simpul
2 batang serai, diketuk
1 camca besar penuh rempah kurma (Baba's)
1 kiub ayam
1 sup bunjut Adabi
1 cawan kacang kuda, rendam semalaman, toskan
1 cawan mix vege (karot. jagung, kacang pis)
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*(*kisar halus)
1 camca teh lada hitam, kisar halus
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 genggam pucuk paku merah yang siap disiang
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng
Telur didadar nipis dan  mayang halus
Serunding secukupnya (cm guna serunding daging)
Sedikit serbuk lada hitam...

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan rempah beriani, kacau rata hingga menjadi pes. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan serai hingga harum. Masukkan pes rempah dan kacau hingga pecak minyak. Masukkan beras, gaul rata dan masak sekejap.
  2. Tuang air, masukkan daun pandan, sup bunjut, kiub ayam, kacang kuda (toskan) dan isi ayam. Kacau rata dan masak hingga beras kembang menjadi bubur dan kacang kuda empuk. Tambah mix vege, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa. 
  3. Masuk santan, kacau dan jika suka cair, boleh tambah sedikit air. Akhir sekali masukkan daun pucuk paku merah, kacau rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bubur lambuk dengan bahan2 sampingan. Sedap dimakan panas..

3 comments:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sedapnya bubur lambuk, kalau musim hujan ni boleh dimakan berulang-ulang...

Kak Sari tak pernah lagi letak pucuk paku dalam bubur lambuk, baru tahu....

p/s macam pernah masak bubur lambuk ek, hehe.. maksudnya mak Kak Sari tak pernah letak pucuk paku dalam bubur lambuk, hehe

Delima Zamrud said...

Ermmmmm D5 suker sgt ngan bubur lambuk nie thanks CMG kongsi resepi yg best nie nampak sungguh menggoda bubur lambuk CMG nie hehehhe :D..

Qashmere said...

Bubur lambuk orang gannu dia letak daun kesum + seafood. sedap jugak!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.