BEN ASHAARI

Saturday, February 9, 2013

AYAM MASAK KICAP REMPAH KARI..

rsz_ayam_masak_kicap_rempah_kari
Salam...Kalau sebut ayam masak kicap, pasti anda semua biasa dan ia salah satu hidangan yang popular. Yang bagusnya, ayam masak kicap menjadi kegemaran orang dewasa dan kanak2. Menjadi antara hidangan utama di majlis2 kenduri kendara. Turut disajikan bersama nasi ambeng. Tapi kali ini cm buat sedikit penambahan dalam bahan2 untuk masak kicap ini. Tiada yang pelik, cuma benda2 biasa.  Kadang2 dalam percubaan menderhaka satu2 resipi, perlu ada keyakinan dan kalau menjadi, sedap dan orang suka..apa salah dikongsi bersama. Selain ayam, kalau anda nak ganti dengan daging juga sesuai, guna daging batang pinang atau kalau daging biasa, boleh direbus dulu sampai empuk. Resipi boleh dikatakan mudah dan tidak perlu kerja yang banyak....Insha Allah anda pasti boleh melakukannya...

BAHAN-BAHANNYA :-)
8-10 ketul bahagian ayam, cuci bersih*
1 camca teh serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*gaul rata dan perap sekejap)
1 biji tomato, belah 6
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, kerat 3 dan dititik
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1/4 cawan kicap lemak Jalen
4 camca besar kicap manis ABC
1 camca besar rata, rempah kari daging (Baba's)
1 camca besar cili kisar
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun kari, dilurut
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng hingga masak, tak perlu sampai garing, kasi dia lembap2 sudah. Angkat dan toskan. Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali, tumis kayu manis, bunga lawang, bawang putih, halia, daun kari dan cili kisar hingga harum dan cili garing, guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan rempah kari dan kacau rata. Tambah sedikit air. Masukkan kicap lemak dan ayam. Gaul rata2. Tambah kicap manis, cili merah, cili hijau dan bawang besar. Masak hingga pekat.
  3. Akhir sekali masuk tomato, kacau rata. Jika anda suka berkuah, boleh tambah sedikit lagi air. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih.

5 comments:

Eny Abdullah said...

amboi sedapnyaaa.... ganti dgn daging pun bolehkan??? must try

shahliza81 said...

waa..sedapnyer...

faa.rosli said...

macam sedap je bunyinya....

kissz said...

Bauuuuu misti ngancam daun kariii fuhhhh

Sofea Aswad said...

Xtaruk daun kari ok x?

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.