URAP PUCUK ULAM RAJA...

rsz_urap_ulam_raja
Salam semua. Anda makan ulam raja? Ulam raja  ialah tumbuhan tropika yang berasal dari America Latin, tetapi tumbuh meliar di Malaysia dan negara2 ASIAN lain. Orang melayu sudah lama mengamalkan ulam raja sebagai bahan ulaman. Ia elok untuk memperbaiki perjalanan darah, mencuci darah dan menguatkan tulang. Ulam raja juga mengandungi bahan antioksida yang tinggi dan mengikut kajian lebih 20 jenis bahan antioksida yang telah dikenal pasti. Jadi nak awet muda, boleh makan ulam raja sebagai ulam2man (sumber : Wikipedia), dan di colek sambal belacan atau sambal air asam, mesti tak toleh kanan kiri punya. Masa mat beli tu hari, tauke kedai tu bermurah hati bagi mat seikat lagi ulam raja. Maka jadi banyak, tu sebab mat jadikan urap. Urap macam ini sedap dimakan bersama nasi panas......
Untuk anda yang kurang pasti rupa ulam raja, sila lihat gambarajah di atas. Kalau kita lihat daun ulam raja seakan2 daun pokok bunga hiasan, tapi bunganya bewarna merah jambu. Selalunya pokok ulam raja akan bercabang dan boleh mencapai ketinggian sehingga satu meter. Cara menanam kebiasaannya menggunakan biji benih yang terhasil setelah bunganya matang. Ok kita lihat resipi mudah dan berkhasiat ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 cekak pucuk ulam raja, cuci bersih, toskan, kemudian dikerat pendek
1 1/2 cawan kelapa parut putih
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN TUMBUK HALUS :-)
2 biji cili merah
6 biji cili padi hijau
2 inci ubi cekur
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1 genggam udang kering, cuci dan rendam dalam air panas sekejap, toskan
1/2 inci belacan bakar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Gaul kelapa parut putih bersama bahan2 tumbuk halus, kemudian perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula, gaul lagi. Masukkan hirisan pucuk ulam raja tadi, gaul lagi hingga mesra.
  2. Panaskan kuali dan goreng tanpa minyak atau sangrai urap pucuk ulam raja sekejap, jangan lama sangat bila rasa suam sudah memadai. Angkat dan biarkan sejuk. Boleh hidangkan. Simpan dalam peti sejuk jika tidak habis..
CATATAN MAT GEBU :- Selain itu, anda boleh juga campurkan pegaga dan taugeh dalam resipi diatas. Tahap kepedasa bergantung pada citarasa anda. Kebiasaannya urap tidak pedas.....

Post a Comment

5 Comments

  1. baru makan semalam...n mmg suggest utk buat lagi...letak taugeh...letak kerang...boleh ratah jek..hmmmmm

    ReplyDelete
  2. Itulah CMG jiran kakak (India) dia ada tanam pokok bunga warna dia kuning (masa tu belum berbunga) daun dia betul-betul macam ulam raja. Bila kakak tanya kenapa tak makan dia ketawa sebab dia tahu kakak dah tersilap, bila ambik daunnya baru tahu tak ada bau.

    Dapat kerabu macam ini kakak ratah aje pun boleh tau.

    ReplyDelete
  3. lama sungguh tak makan urap ni,teringin pulak saya

    ReplyDelete
  4. Cuba Cik Mat goreng celup tepung cam goreng daun bayam tu......SeDAP tau!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.