SERAWA PULUT DURIAN....

rsz_serawa_pulut_durian1

Musim durian datang lagi. Ehh, rasanya dah lama musim durian ni ada kan?, huhu, ketinggalan betul si mat tu. Takpelah, pada mat zaman sekarang ni musim buah2an dah tak macam dulu. ibarat bermusim sepanjang tahun. Durian pun macam tu juga. Semalam masa ke rumah bonda saudara di JB, masa balik tu kami singgah ke Kiptmart, bonda pesan beli durian untuk dibuat tempoyak. Jadi mat beli, cari yang bagus sikit, durian yang bagus akan menghasilkan tempoyak yang sedap. Tapi bukan lah durian semahal raja musang, yang ni dalam RM4 - RM5 per kg macam tu. Oleh sebab Bak ada juga sebut nak makan serawa pulut durian, pagi tadi mat ambik sebiji dan buatkan kuah serawa. Benda senang bukan nya sampai nak masuk hutan bagai cari bahan2, semua dah ada, jadi ini lah hasilnya....anda puas hati?...mat gebu opkos puas hati, yelah sendiri buat.....

rsz_serawa_pulut_durian

Kuah serawa durian ni boleh dimakan bersama roti, lempeng, roti jala dan serabai...hmmm, rasa macam nak buat serabai pulak. Sebenarnyakan tiada resipi yang khusus untuk serawa durian ni, semua ikut citarasa anda sendiri. Tapi paling penting, mestilah ada isi durian, lepas tu santan dan bahan2 lain. Kalau isi durian banyak, lagi sedap tapi jangan terlampau banyak sangat. Agak2lah. Untuk pulut tu mat kukus dalam talam, nak tanak macam masak nasi biasa pun ok, gunakan santan cair yang dicampur sedikit garam dan minyak masak. Seriuss senang sangat2, jadi kalau nak pikat hati suami atau pak/mak mertua anda, boleh lah cuba buat resipi tradisi macam ni dan hidangkan pada mereka....


BAHAN KUAH SERAWA :-)
1 biji durian, keluarkan isinya (kalau durian kecik, guna 2 atau lebih)
700 ml santan kelapa segar
500 ml air (atau secukupnya)
1 ketul gula melaka, potong kecil*
1/2 cawan gula pasir*
1 helai daun pandan, disimpul*
1 cawan air*(*satukan masak hingga gula larut dan tapis)
1 helai daun pandan, disimpul
1 1/2 camca besar tepung gandum
3 camca besar air
Secubit garam
Gula, jika perlu

BAHAN PULUT :-)
1 kg pulut, cuci dan rendam 1 jam, toskan
700 ml santan cair
1 camca teh garam (atau secukup rasa)
1 camca teh minyak masak (mat guna minyak kelapa)
1 helai daun pandan, disimpul

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK PULUT :- Panaskan kukus, sediakan loyang berukuran 9 inci. Letak pulut dalam loyang, satukan minyak masak, garam dan santan, kacau rata kemudian tuang ke dalam loyang berisi pulut, ratakan. Letak daun pandan dan kukus selama 20 minit dengan api besar, kemudian kareh (gemburkan) dan sambung kukus lagi 10 minit atau hingga pulut betul2 masak. Ketepikan.
  2. UNTUK KUAH SERAWA :- Satukan air gula merah, santan, air, isi durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. Kacau selalu. Tambah sedikit garam dan jika kurang manis tambah gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung gandum. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. UNTUK SERAWA PULUT DURIAN :- Senduk pulut secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah serawa dan hidangkan. Atau anda boleh hidangkan berasingan kuah serawa dan pulut tadi...Selamat mencuba!

Post a Comment

11 Comments

  1. Sedapnya mattttttt! nko mmg kejiiii tau! aku benciiiiiiii! *sambil mulut terkecap2 ngences*

    ReplyDelete
  2. @ sue joshua - hahaha, lalalalaa...

    ReplyDelete
  3. Terbaik mmg minat kat Serawa nie...
    Jom Singgah, Citra Nukilan Sekadar Perkongsian" AKU ANAK PAHANG "

    ReplyDelete
  4. sodap tu Ce Mat... my feberet tu

    orang Pilah panggil pulut santan dian

    ReplyDelete
  5. dah lama nak makan benda ni.tapi kalau balik kampung mesti suruh mak buat

    ReplyDelete
  6. Aduhai, Durian pun tak terbuat lagi, dah keluar pulut santan durian, hehe tapi yg ni dah expert dah :)

    ReplyDelete
  7. fuhhh..sedapnya cikmat...meleleh air liur ni tengok...

    ReplyDelete
  8. CMG...orang Perliskan segala bubur berkaitan buah depa panggil serawa tau. Serawa pisang, serawa labu, serawa cempedak, serawa nangka dan pelbagai serawa lagilah tapi org KL panggil pengatlah.

    ReplyDelete
  9. Bila tengok resepi Che Mat listkan tu kakak rasa macam nak buat sangat sebab dah teringin. Tapi bila sampai rumah selalu tak jadi nak buat.

    Kakak suka set cawan yg digunkan cantik. Dulu masa kakak kecik-kecik exactly macam ini arwah mak kakak punya. Sayanglah dah tak ada sekarng

    ReplyDelete
  10. sedapnyerrr! sedapnyerrr!!! *sambil mulut kunyah twiggies!

    ReplyDelete
  11. teringat pula buat serawa pulut durian dengan arwah nenek..huhu

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.