KUIH CARA BERLAUK..LAGI...DAN..LAGI...

rsz_kuih_cara_berlauk
Kuih cara satu jenis kuih tradisi yang menjadi kegemaran ramai. Ia ibarat kuih bakar juga tapi tidak manis dan berintikan daging yang dimasak dengan rempah ratus. Menjadi pilihan sebagai kuih untuk cemilan waktu minum petang dan sarapan pagi. Boleh dikatakan popular di bulan2 puasa. Kalau dilihat dari segi bahan2, kuih cara seakan2 sama dengan kuih bakar cuma ia tidak manis dan berintikan 'savory'. Ada juga kuih cara manis yang berintilan gula dan dimasak sama seperti kuih cara berlauk. Mat pernah buat sekali di sini. Yang ini mat pada hari Ahad dan antara juadah yang mat sajikan untuk tetamu ku, Ben Ashaari sekeluarga....Comel2kan kuih cara che mat... (^___*)

rsz_kuih_cara_berlauk1
Mat masih gunakan resipi yang sama dan acuan yang mat guna juga jenis yang comel. Intinya mat guna daging kisar, anda boleh juga ganti dengan daging ayam yang dicincang halus. Menghasilkan kurang lebih 30+ biji kuih cara, bergantung pada saiz acuan yang anda gunakan. Kalau nak try buat guna acuan kuih bakar pecah 6 atau 8 tu pun rasanya ok gak, tapi kena bakar dalam oven. Yang ni mat buat atas dapur gas, gunakan api paling kecik. Sebab guna acuan lama jenis tembaga, maka habanya boleh bertahan lama, kalau takde, yang jenis aluminium juga boleh digunakan. Resipi seperti berikut (mat copypaste dari yang dulu punya)...


BAHAN UNTUK INTI :-)
100 gram daging ayam, cincang halus
1/2 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 hirisan halia, cincang halus
3/4 camca besar rempah kari daging (Baba's)
1 camca besar sos tomato
1camca teh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air
1 biji cili merah, buang biji, dadu kecil2
Hirisan daun bawang secukupnya

BAHAN KUIH CARA :-)
75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
165 ml santan
2 camca besar mentega cair
Secubit garam
1 - 2 titik pewarna makanan kuning


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar hingga harum, masukkan sos tomato dan rempah kari, kacau rata dan masak hingga rempah garing. Masuk daging ayam cincang dan kacau rata. Tuang air dan biar hingga kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan sebahagian cili merah yang didadu dan juga sebahagian hirisan daun bawang. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan api. Sejukkan..
  2. UNTUK ADUNAN KUIH CARA :- Satukan semua bahan2 untuk kuih cara, kacau rata dengan whisk hingga tidak berbintil2. Kemudian tapis dan rehatkan sebentar. Boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar makanan, dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  3. UNTUK KUIH CARA BERLAUK :- Panaskan acuan kuih boulu bunga ceremai atas dapur gas, gunakan api paling kecil. Sapu setiap cetak dengan sedikit minyak makan (mat guna daun pandan yang dipotong pendek, ikat dan carik2kan bahagian hujungnya). Masukkan adunan kuih cara dalam bekas bermuncung (guna jug plastik pun ok), tuang 3/4 penuh seperti dalam gambar.
  4. Bila tepi kuih kelihatan pucat, masukkan 1/3 camca teh bahan inti di bahagian tengahnya, tabur juga sedikit cincangan cili merah dan hirisan daun bawang. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Biar 30 saat, buka dan bila permukaan kuih kering, boleh angkat. Buat kaedah sama dengan baki bahan2. Hidangkan untuk minum petang.

Post a Comment

8 Comments

  1. wahhh, kalu sebelah umah ni, mahu Kak sari pinjam acuan kuih cara Cik Mat tau!

    ReplyDelete
  2. suka sangat makan kuih cara berlauk nie..kekadang 10 ketul tue kita sorang jer abiskan...hehehe

    ReplyDelete
  3. aishhh..kalau lah berjiran dgn mat gebu ni..gebu lah pipi aku..asal bau..ketuk tingkap MAT..hehehehehe

    jeles dgn mat ni..apa sentuhan mesti menjadi..

    ReplyDelete
  4. minta izin copy paste resepi ni ye CMG.....
    suatu saat kelak nak buat jugak...
    syukran sebelumnya.... ^_^

    ReplyDelete
  5. salam sis..

    Sebenarnya susah nak buat kuih ni.....kena ada bekas tembaganya....
    nak kena rajin dan teliti masa menyediakan..
    memang terbaiklah sis....

    Oh ya..kalau sudi jemput semua bagi memeriahkan di blog TiranaAduka...
    Nak kata segmen tak juga...sekadar santai santai dalam blog TiranaAduka

    From TiranaAduka.....: Teka Dan Menang Ayat Dalam Bahasa Jawa

    ReplyDelete
  6. Ala tomey tomeynya kuih cara ko Mat. Kalau untuk size molot mama yang XL ni, sebijik tu sekali ngap je... hehehe...

    ReplyDelete
  7. saya sukar kuih ini, dip dengan chili sauce, super yummy, immediate bookmark and will try your recipe soon.

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.