BEN ASHAARI

Wednesday, December 19, 2012

MAGGI ASAM LAKSA DENGAN OTAK-OTAK..

rsz_assam_laksa_wif_otak2
Malam semua, kali ni hasil dari pengaruh iklan maggi di TV lagi. Tapi yang ni lain sikit. Kali ni mat tak guna maggi perisa kari, tapi guna maggi asam laksa pulak, ia nya satu gabungan yang agak unik, saja lah mat campur otak2 untuk sedikit kelainan. Anda mesti perasan yang blog DTS ni kerap menyelitkan entri2 masakan harian. Pada mat blog masakan biarlah yang agak mesra pengguna dan agak mudah diikuti. Selain untuk rujukan sendiri, ia juga berguna untuk mereka2 yang baru nak berjinak2 ke dapur. Masakan harian menjadi tunggak utama blog ini, tapi bukan bermakna tiada hidangan kek dan sebagainya, ada, cuma taklah kerap sangat. Kalau anda perhatikan majoriti pengunjung akan lebih mencari resipi2 harian dan resipi masakan harian ini juga agak popular dibulan Ramadan. Satu lagi mat nak sangat blog DTS ini bersifat sederhana dan memberi manfaat pada semua tak kira peringkat umur. Moga ia dapat membantu anda tak sikit banyak, kita sama2 belajar.....

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket mi maggi asam laksa, asingkan perencahnya
1 camca besar sambal tumis (takkesah samada anda buat sendiri atau beli)
1 keping kek ikan, hiris
2 batang jejari ketam, kerat pendek
1 batang otak2 yang siap dibakar, potong 3 atau 4 bahagian
1 ulas bawang putih, cincang
2 biji bawang merah, hiris
1 hirisan nipis halia, cincang
7 - 8 helai daun kesom
1 camca besar hirisan bunga kantan, tinggalkan sedikit untuk hiasan
3 cawan air
Taugeh secukupnya
Sedikit hirisan halus timun
Sedikit hirisan halus bawang besar
Sedikit hirisan halus daun kesom

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum, masukkan sambal tumis dan kacau rata. Tuang air, dan biar mendidih. Masukkan perencah asam laksa dan daun kesom (yang disertakan sekali dalam pek mi maggi). Kacau rata.
  2. Masukkan fish cake dan jejari ketam, biar masak sekejap. Tambah mi maggi, masak hingga mi lembut. Akhir sekali masukkan otak2. Kacau rata, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tuang dalam mangkuk sesuai. Tabur taugeh, hirisan timun, hirisan bawang besar, hirisan bunga kantan dan sedikit hirisan daun kesom. Hidangkan panas......Seriusss tak toleh kiri kanan punya!!.


6 comments:

wawalofa said...

yea betol che mat-sebab tu trafic cmg tinggi,krn masakan harian lah tiap2 ari nak makan penyambung nyawa,yg kek2 bagai x makan x ape,hahaha, chaiyok cmg~

Areef Ibn Naim said...

salam,

yg biasa2 ni lebih diterima tekak tu... kdg yg susah2 tu org tgk je mcm hebat, tp nak cuba tk terasa pun...

mcm dulu, tgk rancangan masakan chef wan, mmg kagum tgk hasil masakan, tp nak cuba tk pun... sbb bahan2 masakan tu susah nak dpt, yelah dulu bkn mcm skrg, sng nak dpt bahan2 masakan ni...

otak2 tu cik mat buat sendiri ke... bru ni sy makan di angsana otak2 kupang...

marr said...

ramai rupanya peminat asam laksa maggi nie.. hmm tapi kita suka kari lagi.. menarik jugak resepi nie.. aaa lupa nk cakap durian dah berjaya beli ari nie.. hehe nk buat creep insyaAllah..

hana said...

ko mcm tau2 jer aku baru beli megi asam laksa... hehehehe

Afasz said...

dap nye. tak lunch lagi ni

Aku Penghibur said...

lapo!!!!

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.