BEN ASHAARI

Wednesday, December 5, 2012

AYAM SANTAN BERLADA.

rsz_ayam_santan_berlada
Assalammualaikum, salam Rabu. Tengah hari ni anda makan apa? Mat masak yang mudah2 saja. Baki lauk semalam masih ada, jadi kasi pehangat lepas tu makan jelah. Semalam kami ke rumah bonda saudara di Johor, dan dia bekalkan ayam goreng dalam 7 ketul, jadi hari ni rasa macam nak di 'sesuatu'kan ayam goreng tu. Fikir juga nak masak apa, kalau masak kicap macam dah boring pulak, kerap sangat. Maka mat selak2 blog Puan Azlita, ternampak resipi ikan parang santan berlada beliau di sini. Sebab teruja sangat, ku gantikan ikan dengan ayam goreng, kira ok lah...Kalau ikan parang budak2 susah nak makan sebab banyak tulang. Kalau perhatikan masakan ini seakan2 masak sambal atau masak merah, namun ada sikit beza dari bahan2 yang diguna pakai. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
7 - 8 ketul ayam, dicuci bersih, perap dengan sedikit garam dan serbuk kunyit
3/4 cawan cili kisar
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 batang serai, hiris*
1/2 inci lengkuas*
Sedikit belacan*
3 helai daun limau purut, dibuang bahagian tengahnya*(*dikisar halus)
1 batang serai, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
1/2 cawan santan 
1/2 ketul gula melaka, potong kecil
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ayam digoreng hingga masak, tapi jangan sampai garing sangat. Angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan serai titik, kacau rata dan masak hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  2. Masukkan gula melaka dan jus asam jawa, kacau rata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Kacau dan biar mendidih. Masukkan ayam dan gaul rata, akhir sekali masuk santan. Masak hingga pekat, rasa dan jika ok boleh matikan api. Boleh hidangkan..


4 comments:

Mummy Akmar said...

Ya Allah..nampak sedap..dah la tengah mendiet abis-abisan.

Rozita said...

eleh... tak heran... lauk ayam semalam pun... (dalam hati aduhai.. lauk sedap ni...)

Mat Gebu said...

Hahahaha....

m.u.l.a.n said...

semua yummeehhh kalo MG masak..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.