BEN ASHAARI

Monday, December 31, 2012

AYAM PONG TEH DARI DAPUR CHE MAT..

rsz_ayam_pongteh (1)

Rindu nak makan ayam pong teh. Tu hari lupa pulak nak rembat ayam pong teh MyChef, masa kat Tesco. Tapi tak mengapa, bahan2 pun ada cuma, ayam tu mat guna ayam pencen dan disebabkan nama pun ayam pencen, kenalah dimasak dalam periuk tekanan atau pressure cooker. Ayam pong teh satu masakan  orang peranakan baba nyonya. Seperti biasa yang ini mat guna resipi dari Chef Florence Tan. Ayam pong teh ialah ayam yang dimasak bersama pes tauco. Bahan2 agak mudah dan serius anda takkan sangka dengan bahan2 tersebut menghasilkan satu masakan yang ada ummphhh!!. Seakan2 masak kicap sedikit tapi ada beza, dan mat rasa, anak2 mesti suka. Satu lagi rasa dia tak pedas..

rsz_ayam_pongteh1 (1)
Sedap dimakan bersama nasi dan menurut kata Chef Florece Tan dalam buku masakan "Rahsia Masakan Nyonya"...Ayam pong teh wajib dihidangkan bersama sambal belacan dan masa nak makan, cili hijau kasi patah2 kan dalam masakan tadi. Selain dimakan bersama nasi, pada pendapat mat, makan dengan bubur nasi juga sesuai, dicicah roti juga sedap. Kentang dan cendawan shitakee antara bahan pelengkap untuk resipi ini.....Tapi kalau anda tak berani nak masak dan was2 rasanya macam mana, takpe, anda boleh cuba dapatkan Ayam Pong Teh produk dari MyChef dan resipi dari Chef Florence Tan juga. Contoh anda boleh lihat di sini...

KERIS PUSAKA SAMPIR SUASA,
HULUNYA DARI TANDUK RUSA,
AYAM PONG TEH TAK KALAH RASA,
SESUAI HIDANGAN SEPANJANG MASA.


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam, kerat 7 - 8 bahagian, cuci bersih dan toskan
10 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
1/3 cawan pes taucho (mat guna tauco biji2 dan mat lumatkan sedikit)
8 kuntum cendawan shittake segar, rendam
2 biji kentang, kupas, potong 4 setiap 1, rendam
1 camca besar kicap pekat
1 camca besar kicap cair atau secukup rasa
Gula secukup rasa
Cili merah dan hijau, dipatah2
Hirisan daun sup, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan taucho, kacau dan masak hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu. Masukkan ayam, gaul hingga mesra dan biar ayam kecut. Tuang air secukupnya dan biar mendidih.
  2. Masukkan kentang (toskan), tambah kicap pekat dan kicap cair (sedikit dahulu). Kacau dan biar mendidih dengan api sederhana hingga kentang 1/2 empuk. Tambah cendawan shittake (tos dan perah). Masak lagi hingga kentang empuk.
  3. Tambah sedikit gula dan masak hingga kuah pekat sedikit. Rasa dan jika kurang masin, boleh tambah lagi kicap cair. Masak sekejap dan boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah dan hijau yang dipatah2kan. Hidang bersama nasi hangat dan sambal belacan..

8 comments:

Raudzah Zahari said...

Wah bestnya, sungguh menyelerakan..tengok ni terus lapar..almaklum belum lunch...bilalah boleh try ni..

Lulu Caldina said...

sedap! :)

laskar pelangi said...

yum yum ;)

syalinda johari said...

truih lapar tengok makanan ni..
CMG, selamat tahun baru 2013 yer..semoga dimurahkan rezeki, dan diberkatiNYA..aminn

Salmi Khairil said...

sedapnya,nak sikit..

JunAina said...

Aina ni CM tengok gambar kat blog pun dah meluap2 selera nak makan. Rugi tak dapat ikut gathering kat rumah CMG hari tu...

siti rokiah said...

aduiiii nampak sungguh menyelerakan...

aDisH.sHidA said...

ada nampak produk mychef nie...dok nak beli tp ntah la belum tergerak nak beli...

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.