AYAM PONGTEH FLORENCE TAN OLEH "MYCHEF".

rsz_ayam_pongteh
Ayam Pongteh, satu masakan tradisonal orang2 Peranakan Baba Nyonya. Masakkan orang2 peranakan ini agak unik, ini kerana mereka menggabungkang gaya masakan orang2 cina dan melayu terutama dalam penggunaan bahan2 mentah. Cerewet?..hmmm, tatau nak kata apa, cuma mereka yang mengalaminya saja tau. Kalau nak tau cuba tanya Chef Florece Tan, dia tu the true blue peranakan nyonya dan kepakaran yang beliau ada sudah semestinya hasil didikkan dari ibu dan mak tua beliau. Dan sebagai seorang Nyonya dan Chef yang tersohor, resipi peranakan beliau amat asli, dan sekarang anda juga boleh menikmatinya dengan produk2 MyChef yang menampilkan resipi Chef Florece dalam salah satu Signature Series, selain resipi2 dari Chef Dato' Ismail, Chef Liza, Chef Zam dan juga Chef Dr Ezani di sini..

rsz_ayam_pongteh1
Ayam Pongteh ialah resipi ayam yang dimasak dengan pes tauco, kentang, cendawan shiitake dan bahan2 terpilih lain. Mat sendiri pernah masak sekali dulu. Ayam pongteh kalau dihidangkan wajib ada sambal belacan. Tadi mat cuba Ayam Pongteh 'MYCHF', dan rasanya sungguh terpelihara dan asli. Cuma bagi anda yang kuat masin, bolehlah tambah sedikit garam. Pada mat rasanya amat ok. Sedap dimakan bersama nasi panas atau dengan bubur nasi juga sesuai. Seperti gambar anda nampak diatas, ia dari 1 kotak ayam pongteh MYCHEF dan agak muai. Ia mudah disediakan, anda cuma panaskan dalam microwave mengikut arahan pada kotak. Kemudian boleh hidangkan. Nak nampak menarik, boleh hias dengan hirisan cili merah, taburan bawang goreng dan hirisan daun bawang. Bagi anda yang ingin rasa masakan asli orang2 peranakan, namun agak takut untuk memasaknya, apa kata dapatkan ayam pongteh MYCHEF ini dan rasai keaslian masakan orang2 peranakan, resipi rahsia turun menurun sejak dahulu lagi..Kurang pasti adakah ia dijual di kawasan anda?...Jangan risau, boleh rujuk sini...

Post a Comment

5 Comments

  1. tp mychef ni mcm mahal plak... dkat smua atas rm10

    ReplyDelete
  2. Macam sedap! tak pernah lagi jumpa produk ni kat Raub ni.. huuumm..

    ReplyDelete
  3. Macam sedap! tak pernah lagi jumpa produk ni kat Raub ni.. huuumm..

    ReplyDelete
  4. Takpenah try menu Ayam PongTeh! Ke Melaka..selalu tuju asam pedas. Boleh cuba ni

    ReplyDelete
  5. Saya baru beli Nye besok nk masak

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.