BEN ASHAARI

Wednesday, December 12, 2012

ASAM PEDAS DAGING GAYA TOK CHIK.

rsz_asam_pedas_daging_tok_chik
Asam pedas daging, kalau masak ini teringat teman blogger Sis Linn, dia gemar asam pedas daging. Kali ni bukan mat masak, tapi bonda sedara ku punya masakan. Walaupun tok chik ini agak berusia orangnya, tapi alhamdulillah masih sehat. Tok Chik ni adik pada Bak. Asam pedas daging yang potongan dagingnya agak besar tapi tak keras. Kebiasaannya asam pedas daging atau asam pedas tetel, amat popular di Melaka. Resipi kali ini kurang lebih 800 gram, guna daging batang pinang kalau nak cepat empuk. Tapi anda boleh saja guna daging biasa, cuma kena masak lama sikit atau nak mudah, masak dalam periuk tekanan. Kata orang2 tua, masa memasak daging, elakkan meletak garam atau asam awal sangat, ini akan menyebabkan ia lambat empuk. Tapi kalau anda guna periuk tekanan, itu semua takde masalah...ok saja..semua kasi 'ON'...Resipi seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
800 gram daging batang pinang, potong kiub atau hiris nipis, cuci dan toskan
2 biji tomato, belah 4 setiap 1
2 inci halia, potong 2 dan dititik
2 batang serai, dititik
1 genggam daun kesom
2 senduk nasi cili kisar
1/2 camca besar pes asam jawa
1 camca teh lada hitam. tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis halia, serai dan bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing, guna api sederhana dan kacau selalu. Masukkan daging dan gaul rata. Biar hingga daging kecut.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan masak hingga daging empuk. Tambah daun kesom, lada hitam dan pes asam jawa, kacau rata jika kurang kuah tambah sedikit lagi air. Biar mendidih, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan lauk2 lain..


17 comments:

inahar ali said...

perghhhhhh..berasap idung ni mat!! mmg meletop asam pedas daging..i loiikeee!!

RASA HATI said...

emmm mengancam lah... Mat

Sis Lin said...

As salam Mat..

Aku mg giler asam pedas, lg2 klu asam pedas tetel ko..mmg power giler..
Teringat aku 1st time makan kat uma ko, sampai TERbuang angin dalam diam..hahahahaha

Tak sabo nk jumpa ko gelak tawa ngilai2 bersama..hehehehe
TQ Mat! I LUV U.. :p

makcikkantin said...

che mat,

makcik tak pernah buat...kalau ikan pun buat macam ni jugak ke? mak mentua makcik tak makan daging

marr said...

CMG, masak apa nampak sedap, bikin lapar lagi, hmm.. jom layan Big BUndle Sales malam nie http://ebundlestation.blogspot.com macam2 ada CMG, mcm tak percaya bundle

adda syuhada said...

nampak sedap..

faa.rosli said...

sedapnya asam pedas tetel...suka makan kat asam pedas tetel kat asam pedas claypot..mmg ummpphh!

Rozuan Ismail said...

kuah asam pedasnya nampak lagi pekat kan

UM Alumni said...

dpt petua lembutkan daging dari mak seorang sahabat dr n9.klu x de periuk tekanan, rebus daging dengan buah kurma.biasa sy gne 2 bijik je n rebus dlm20 mint..insyallah empuk..cube leee.. :)

AbbotCottage said...

OOoooooo patut ler aku masak dagingnya tak empuk-empukkkk. Ghopernya masuk asam awal bebeno. ok ok, tima kasih sgt2 En. CMG. Petua yang memang tak tau dari dulu lagi.

Oh Oeya said...

As salam Che Mat.
Moga Che Mat sekeluarga sihat sejahtera. Kecur dah ni.
*pssttt!! Kita suka daun kesum banyak2.. hihi :)

Ummi Syafiq said...

salam CM.menggoda betul asam pedas tu.aumm.terliurrr

Nik Salwani Nik Mahmud said...

Wow!! tak pernah lagi buat asam pedas daging. Boleh cuba buat utk makan malam ni.. share resepi ya cik mat?http://vitaminfavourite.blogspot.com

citarasa rinduan said...

ingat lagi abe zam beritahu ktvumah cmg. rebus daging guna tgh2 buah nanas

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

kita orang Johor memg tak boleh dipisahkan dgn asam pedas, kan.. teringat seorang kawan Kak sari dulu, dia org Perak yg kerja di Johor.. katanya, "Aku peliklah org Johor ni, hari-hari makan asam pedas, semua benda nak masak asam pedas, daging pun masak asam pedas." Jawab Kak Sari, "itu baru original Johorean," betul tak Cik Mat???

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

eh, terbaca lak komen dari UM Alumni kat atas tu, petua melembutkan daging, bolehlah cuba nanti.. tolong smpikan ucapan terima kasih utk dia ya, Cik Mat.

Mas Zull said...

assalamualaikum cik mat...betul2 buat air liur meleleh ni...;)

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.