Assalammualaikum, salam Jumaat. Semalam mat cuti berblog sehari. Saja sebab malas nak masak. Dan dalam masa sama pergi topup sikit barang2 koleksi Baba Nyonya, termasuk untuk kegunaan di blog dalam masa terdekat. Hari ni cuaca mendung dan hujan di Sedenak, seawal pagi lagi. Dari semalam pun dah hujan sebenarnya. Untuk entri pertama hari ini mat letak satu masakan yang berpuluh kali diulang tayang tapi tetap menjadi pilihan. Sebenarnya blog bukan sahaja medium untuk berkongsi resipi, tapi ia juga bertindak sebagai medium perakam aktiviti kita, macam diary. Jadi apa yang mat masak hari itu, mat akan letak diblog, tak kesah lah walaupun benda ulang tayang dan sebagainya. Sup petola yang mat masak ini begitu mudah dan anda boleh tambah bebola ikan atau cendawan sebagai bahan sampingan..
Dan, sebagai lawannya, mat buat juga sambal belacan mangga. Ada juga ikan goreng, ikan bakar dan ikan masin untuk dimakan bersama. Sambal belacan tu mat guna mangga kampung, resipi sama macam kat sini. Kalau takde, anda boleh saja guna buah mangga yang biasa. Mangga kampung punya aroma yang asli. Yang selalu kita lihat dikedai tu bau nya agak kurang, mungkin telah dihybrid. Kalau ada buah kuini atau bacang juga anda boleh gunakan. Lagi sedapppp!!!.. Ok resipi serba ringkas seperti di bawah ini...
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 biji petola manis
40 gram fucuk, kerat dan rendam hingga lembut
1 cekak soo hoon, kerat dan rendam
1/3 cawan isi udang
1 kiub ikan bilis (optional)
4 biji bawang merah, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1/2 camca teh lada hitam kisar
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
- Petola manis dibuang kulit, cuci dan belah 2, kemudian hiris serong sederhana tebal untuk setiap belahan. Fucuk dikerat pendek dan direndam hingga lembut. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis hirisan bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan isi udang dan masak hingga berubah warna. Tuang air secukupnya (anggaran 3 cawan). Kacau dan biar mendidih.
- Masukkan kiub ikan bilis (jika guna), fucuk (toskan) dan juga masak hingga fucuk lembut. Tambah petola dan soo hoon (toskan). Kacau perlahan dan masak sekejap. Tambah lada hitam kisar dan garam secukup rasa.
- Biar mendidih dengan api sederhana, rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama nasi, sambal dan ikan goreng atau ikan masin....
4 Comments
sedapnya CMG, hujan2 cam ni hirup sup panas2. lawan plak ikan grg+sambal belacan. berlepuh makan.
ReplyDelete#mat, nak tanya isi ikan yg org biasa masak sweet sour tu brand apa ekk?? penah baca kt entry mat tp cari x jumpa laaa..
CMG, ari ni kita masak sardin, teringin, petang sikit lagi dah plan nak masak maggi mcm resepi CMG semalam... hehehehe.. peminat setia la katakan..
ReplyDeleteWaaaaahh sopannzznya sambal belacan kooo...tu yg buat x tahan tuu... ^__^ Mat, gambooorrr makin mantopss!
ReplyDeleteassalamualaikum cik mat...sedapnya bila tengok ni...:)
ReplyDelete