SOTONG SOS HOISIN....ULANG TAYANG PUNYA..

rsz_sotong_sos_hoisin
Nama je ulang tayang, tapi mat baru masak....errrr...bukan baru masak hari ni, tapi hari masak semalam. Terlupa nak masukkan dalam entri. Kerap juga mat masak sotong sos hoisin ni. Bak suka, jadi ku masakkan saja, janji laku. Mat nak makan segan, jadi tengok jelah orang lain makan. Sotong jenis kecil atau comet ni kalau masak tak perlu dipotong, masak seko2. Satu yang bes masak macam ni, nanti kuah2 dia masuk dalam bahagian dalam sotong tu, bila anda makan dan gigit terasa sotong bergaul dengan sos dia...errr...meleleh air liur guaa bila crita ni macam....huhu. Oleh kerana ini resipi ulang tayang, mat tak kuasa nak tulis balik, ku kopipes jelah.......jadi, kalau nak cuba sesuatu yang berlainan, boleh test try resipi ini yea.. (*_____^).

BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram sotong bersaiz kecil, cuci bersih dan toskan
1 biji bawang besar, hiris berangkai
2 ulas bawang putih, hiris halus
1/2 inci halia, hiris halus
1 biji cili merah, hiris
1 biji cili hijau, hiris
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos hoisin (mat guna jenama LIFE)
Garam, jika perlu
Hirisan daun bawang untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang putih dan halia hingga harum dan betukar garing seperti bawang goreng, kemudian masukkan sotong dan gaul rata hingga sotong mengecut, Tambah sos hoisin dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap.
  2. Masukkan hirisan bawang besar, cili merah dan cili hijau. Kacau rata dan masak hingga bawang layu. Rasa dulu dan jika kurang masin, tambah sedikit garam. Masak sekejap, boleh matikan api dan hidangka bersama nasi hangat dan lauk2 lain.

Post a Comment

2 Comments

  1. Salam DTS,

    Tak nampak beza pun dengan sotong goreng biasa. Nampak macam sotong rebus serai saja.

    Aliff Danial

    ReplyDelete
  2. salam..nk minta izin utk share gambar masakan2 en d blog sy..boleh x?

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.