BEN ASHAARI

Friday, November 2, 2012

IKAN KEMBONG BERLADO.....YANG MUDAH...

rsz_ikan_kembong_berlado
Kalau malas nak masak, atau rasa macam tak kuasa nak masak benda2 yang ambik masa panjang dan perlukan bahan2 yang agak cerewet, mat akan buat resipi mudah, campak2 dan lempar2. Contohnya macam yang anda nampak dalam gambar tu. Asal2nya cuma ikan kembong goreng kunyit yang togel. Tapi macam boring jee, oleh yang demikian mat tumbuk lah cili merah dan sedikit bahan2 lain. Tumis hingga kering dahh jadi ikan berlado. Kalau macam ni dah tak perlu lauk lain. Nasi lembut panas dan lauk ni saja, sudah cukup bangus sangat. Boleh juga hidangkan bersama sayur. Nak ke resipi?.. Serius resipi kanak2 rabena je nih, errr..nak eks. ok...ok...mat tulis yea..

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 - 4 ekor ikan kembong, siang dan cuci bersih*
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*gaul rata dan perap sekejap)
2 biji limau kasturi, perah jusnya
1/2 kiub ikan bilis, 
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis

BAHAN TUMBUK HANCUR :-)
6 biji cili merah, kerat kecil
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Goreng ikan tadi, tapi tak perlu sampai garing sangat, kasi isi dia masak dan lembap2 sikit. Angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis bahan tumbuk hancur hingga harum, masukkan kiub ikan bilis, gula dan garam secukup rasa. Masak dengan api kecil hingga garing. Tambah jus limau kasturi dan masukkan ikan goreng. Gaul rata2 dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan....siap sudahh....

6 comments:

QasehnyaRania said...

simple tapi sedap..sebb saya penggemar ikan temenung/kembong.

bakaq pon sedappp kan che mat ;)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lunch td pun akak mkn lauk ni mat.. tp beli punyalah sbb time keje.. memang feberet akak kalau ikan berlado mcm ni..

hasyimahshe said...

yum yummmmm slurrrrp

gadisBunga™ said...

buat lauk bukak pose terangkat nih....~

faa.rosli said...

senang masak n senang abis..hehe

Shasha Mohamed said...

Memang sedap ikan ni. Ikan dalam pinggan tu nampak kemas dan menarik dipandang ;)