BEN ASHAARI

Wednesday, November 21, 2012

GULAI PUCUK UBI DENGAN KERANG DAN TEMPE.

rsz_pucuk_ubi
Yang sama lagi, tapi berbeza. Yelah tu hari mat masak tarikh berbeza dan kali ni mat masih guna kerang  cuma ditambah dengan tempe. Ini satu masakan atas permintaan. Tak mudah nak sediakan. Bahan2 mentah pun senang untuk didapati. Seperti biasa mat guna pucuk ubi hijau tapi bukan petik kat rumah, yang ni petik di rumah sedara kami. Selain pucuk ubi biasa, anda boleh juga guna pucuk ubi pulut, yang daunnya lebih halus. Dalam masakan tradisi macam ni, bahan2 segar memberi peranan utama, contohnya santan. Kalau dapat gunakan yang segar atau mana yang duduk kampung, boleh parut kelapa dan perah untuk pati santan dan santan cair. Resipi seperti berikut, kalau anda ada masa sudi2kan lah mencuba, kata orang ini masakan orang2 Johor (^___^).

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cekak pucuk ubi
2 batang serai, dititik
1 kuntum bunga kantan, belah dua
1 cawan isi kerang yang telah direbus
1 keping asam gelugor
1.2 liter santan cair
400 ml pati santan
Garam dan gula secukup rasa
Air jika perlu

BAHAN KISAR HALUSS :-)
1 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 camca besar ikan bilis, rendam dan toskan
1/2 inci belacan
2 biji cili merah
15 biji cili padi
1 inci kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Asingkan pucuk ubi dari tangkainya, cuci dan celur hingga lembut, tos dan cuci bawah air paip. Kemudian perah dan potong kecil. Masukkan ke dalam periuk bersama serai titik, bahan kisar halus, tempe dan asam gelugor. Tuang santan cair, kacau rata dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan kerang dan bunga kantan. Jika kurang kuah, boleh tambah sedikit air. Kemudian tuang santan pekat dan perasakan dengan garam secukupnya. Masukkan sedikit gula. Masak dengan api sederhana hingga mendidih dan kacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi putih, sambal belacan dan ikan masin/ikan goreng...


5 comments:

adda syuhada said...

CM ni rajin tul kan masak...tp apapun gulai pucuk ubi tu betul2 menggoncang selera..

ctjay shoppe said...

Betul CMG, org johor rajin masak pucuk ubi, bila saya duduk di kedah, susah nk jumpa sayur berasakn pucuk ubi. Bila nk buat urap pucuk ubi?

eyeyou said...

semenjak kawen ngan org johor 12thn lalu, pucuk ubi mmg makanan rasmi lg2 blk kg..kalu bawak balik pucuk ubi dr kg n masak kat umah mak sy kat melaka mmg xlaku..(family sy mmg xreti makan..)..kami anak beranak jer yg makan..

mommynana said...

Mmg sedap. Ayah saya suke masak pucuk ubi. Blkg rumah dia ade, kutip je. Hehe

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

sedapnye gulau pucuk ubi.ada ikan kering perghhh

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.