BEN ASHAARI

Thursday, November 15, 2012

CENDOL KURANG MANIS SATU!!!...

rsz_cendol
Cendol jomm...tapi bukan mamak mari, dapur che mat mari punya. Errrr, tapi cendol tu beli dari mamak, cendol kosong. Nak buat tak reti dan tak rajin. Ingat che mat rajin 24 jam ke. Kalau datang masa malas, hmmm nak lalu kat dapur pun aku tak hingin!....menyampahhh...grrr. Tapi keadaan itu hanya datang sekali sekala. Cendol yang anda nampak di atas tu cuma yang biasa, tiada pulut, tiada kacang merah. Yang ada cuma cendol, jagung krim dan juga isi kelapa laut (dalam tin punya). Santan mat perah dari kelapa segar yang mat parut. Sirap gula, guna gula melaka yang di masak dengan gula pasir dan daun pandan hingga pekat. Santan tadi perah dengan air masak, lepas tu campur sedikit garam. Kalau ada pulut dan kacang merah, lagi meletopp...tapi tak kesah lah janji ada rasa 'cendol'...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Cendol secukupnya, ditoskan
Santan pekat secukupnya (perah guna air masak)
Sirap gula melaka (gula melaka + gula pasir + daun pandan + air = masak hingga larut dan pekat, tapis)
Hirisan kelapa laut atau buah kabong
Jagung cream secukupnya
Sedikit garam
Ais kiub yang dikisar halus secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan sedikit garam dalam santan, kacau hingga sebati. Cedok cedol dalam mangkuk sesuai, tuang sedikit sirap gula melaka, tambah santan, hirisan kelapa laut atau buah kabong dan ais kiun yang telah dikisar.
  2. Sudukan jagung krim atasnya. Boleh hidangkan, tapi pastikan anda gaul hingga rata baru dinikmati. Kalau suka boleh tambah kacang merah dan pulut. Selamat mencuba!!..

4 comments:

MamaFaMi said...

Deiii Mat...Cendol 2!! 1 tara cukup la... Ini hari baaaaaanyak panas. Kasi kaw kaw punya wokehhhh....

iTU AKHiL said...

wow..tgh2 haus dpt semangkuk cendol..
mmg terbaekkkk.

misshannajr said...

ingtkan CMG nak share cara nak buat cendol hehe,,teringin nak buat tp tak reti

noorliana zamri said...

sedapnya

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.