rsz_megi_kari_kerang1

Kita makan maggi kari kerang pulak. Benda senang, guna bahan2 yang ada kat rumah saja. Modal pun tak besar, kerang tu kalau takde, anda boleh ganti dengan udang, daging, ayam, sotong atau fishcake juga sesuai, tapi nama ubahlah taruk yang sesuai. Tauhu pulak guna tauhu pok, sebab pada mat kalau kita masak mi kari, tauhu pok lebih sesuai, kerana ruang dalam tauhu yang berongga akan menyerap kuah kari tadi. Nampak lain ke maggi kari mat tu?..Sebenarnya mat letak sedikit santan, dalam 2 camca besar. Mat ambik sikit santan dari cendol yang mat bikin awal tadi. 

rsz_megi_kari_kerang2
Sebenarnyakan makanan segera juga kita boleh ubah suai jadikan ia lebih menarik. Cuma perlu sedikit kreativiti dan insya Allah, pasti menjadi. Cuma maggi kari kerang yang mat buat ni kurang satu bahan, taugeh, kalau ada taugeh lagi sedap. Enak dimakan panas2 dengan perahan limau kasturi. Kalau anda suka, boleh juga diletakkan sedikit tauhu kering atau fucuk (rendam dulu sampai lembut), tak perlu letak banyak. Amacam, boleh buat?. Kalau macam tu mat tulis serba ringkas resipi maggi kari kerang ini...

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 paket Maggi perisa kari, asingkan rencahnya
1 camca besar sambal tumis
3 pelepah sawi, siang berasingan tangkai dan daunnya
1 genggam isi kerang
2 keping tauhu pok, potong 4 setiap 1
2 biji bawang merah, hiris
1 ulas bawang putih, hiris
1 hirisan nipis halia, mayang halus
2 1/2 cawan air
2 camca besar pati santan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Hirisan kucai sebagai hiasan
Hirisan cili merah sebagai hiasan
Bawang goreng sebagai hiasan
Limau kasturi, dibelah 2 sebagai hiasan
Telur rebus, belah 2 sebagai hiasan
Taugeh, dibuang ekor, cuci dan toskan (mat tak letak)
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis bawang merah, bawang putih dan halia, hingga harum dan layu. Masukkan sambal tumis dan perencah kari maggi. Kacau rata dan tuang air, kacau dan masukkan batang sawi. Masak hingga batang sawi lembut.
  2. Masukkan maggi dan masak sekejap. Tambah santan, daun sawi, isi kerang dan tauhu pok. Masak hingga mi maggi lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  3. Tabur dengan hirisan kucai, cili merah, bawang goreng dan letak belahan limau kasturi serta telur rebus. Kalau guna taugeh, boleh taburkan taugeh. Hidangkan panas....