ACAR RAMPAI...TERLEBIH RAMPAI...

rsz_acar_ikan
Assalammualaikum, baru sempat nak tulis entri, rasa macam ruang waktu untuk berblog agak terbatas. Takpe lah, kalau ada masak update lebih tu pun kalau ada bahan2 lah. Kalau masa terhad, update setakat termampu. Entri kali ni nak berkongsi resipi acar rampai...yang terlebih rampai. Mana taknya, mat letak ketulan ikan goreng dalam tu, biasalah nak habiskan stok, ku campakkan apa yang ada. Ini resipi acar biasa2 saja, macam mat buat selalu. Ikan tu kalau dapat guna jenis berdaging, macam ikan tenggiri atau ikan merah. Anda boleh potong kiub saiz besar2 atau sekeping2 juga boleh. Sedap dimakan bersama nasi hangat, atau boleh juga dimakan bersama nasi minyak, nasi beriani atau apa saja nasi berperisa yang lain. Resipi seperti berikut..

BAHAN-BAHANNYA :-)
2 biji timun saiz sederhana
1 batang lobak merah saiz sederhana
3/4 camca teh serbuk kunyit
2 biji cili merah, kerat, buang biji dan hiris jejari
1 biji bawang besar, belah 6
4 ulas bawang putih, belah 2 setiap 1
1 inci halia muda, mayang halus
1 camca besar udang kering, rendam sekejap, tos dan tumbuk hancur
2 keping ikan merah, dadu besar2 (gaul dengan sedikit serbuk kunyit, dan goreng, toskan)
1/3 cawan cuka makan (mat guna cuka Jalen)
Garam dan gula secukup rasa
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 camca teh biji sawi

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Timun dikerat 3 atau 4, kemudian buang bahagian tengahnya. Hiris timun tadi pada bentuk jejari, buat hingga siap dan gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam. Biar sekejap. Lobak dikupas sedikit kulit, kerat 3 bahagian, hiris kemudian potong bentuk jejari. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, tumis biji sawi kemudian masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang. Masukkan bawang putih, halia dan udang kering, masak sekejap. 
  3. Masukkan gula secukupnya (selalu acar sedikit manis) dan sedikit garam. Masak hingga gula larut. Tuang cuka makan dan masak hingga pekat.
  4. Masukkan lobak merah, cili merah dan bawang besar. Gaul rata dan tambah timun (perah sedikit). Kacau dan masak sekejap. Tapi jangan sampai timun layu. Akhir sekali masukkan ikan goreng. Gaul rata dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi....

Post a Comment

3 Comments

  1. pergh!!! my fevret ni man, lapaq lak bla tngok gmbaq tu~

    ReplyDelete
  2. Salam cmg, kalau famili hubby belah kelantan mkn ni, mmg berkenan la dgn org johor. Lama tak bw sini, mat sihat?

    ReplyDelete
  3. stail la cik mat punya masakan..terliur..kenapa cik mat tak nak jadi chef selebriti macam chef wan huhuhu..mesti hebat..

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.