BUBUR UDANG NYONYA..

rsz_bubur_udang_nyonya

Assalammualaikum, ramai orang bercuti hari ini sempena sambutan pesta cahaya atau deepavali yang diraikan oleh masyarakat India berugama Hindu. Mat pun cuti juga...errkk...cuti sendiri. Tapi dapur tetap berasap, cuma tak sekencang hari2 biasa lah. Tekak hari ni nak makan bubur, jadi dalam senarai menunggu ada tertulis satu resipi bubur dari buku terbaru Chef Florence. "Florence Tan's Best Nyonya Recipe". Menarik dan buatnya pun agak mudah. Pada mat kalau nak buat bubur nasi atau moi, beras pilihan mat sudah tentu beras Thai atau beras siam yang agak tinggi kandungan kanjinya. Selain rasa lebih enak, ia lebih pekat dan lemak. Daun pandan antara rahsia untuk membangkitkan aroma apa2 jua resipi nasi atau bubur. 

rsz_bubur_udang_nyonya2

Untuk resipi ini mat guna kurang lebih 1 cawan beras siam dan air pula sebanyak 12 cawan. Hanya perlu dicuci sekali dan lepas tu anda masak. Mula guna api besar kasi menggelegak, kemudian anda kecilkan api dan biar ia menjadi bubur yang elok dan pekat. Resipi bubur udang nyonya ini rasanya ringan dan tidak lah berat sangat, rasa udang amat2 terasa. Dimakan bersama taburan daun bawang hiris, cili merah yang didadu, sawi jeruk yang dihiris halus dan bawang goreng. Ngam sangat2...Jadi mat rekomen pada siapa2 yang nak rasa kelainan dalam menu bubur nasi, boleh cuba resipi dari Chef Florence Tan....sedapppp!!....kasi satu pantun dulu...

HALUS ANYAMAN BAKUL ROTAN,
DIGUNA PAKAI ORANG NYONYA,
BUBUR UDANG RESIPI PERANAKAN,
BILA RASA TERKENANG SELAMANYA..

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan beras siam
12 cawan air (atau secukupnya
1 helai daun pandan
2 keping tauhu keras, dipotong kecil memanjang, goreng dan toskan
1 kiub pati ikan bilis
3/4 camca teh kicap pekat
2 1/2 camca besar kicap cair
1 camca besar gula (mat letak 1/2 camca teh saja)
1 camca besar bawang putih cincang (kurang lebih 3 - 4 biji)
Garam secukup rasa

BAHAN DISATUKAN DAN DIPERAP:-)
500 gram udang saiz sederhana, kupas kulit, buang urat cuci dan toskan
Secubit garam
Secubit gula
1/4 camca teh serbuk lada putih

BAHAN HIASAN :-)
Hirisan daun bawang
Lada merah, buang biji dan dadu kecil
Sawi jeruk, cuci, toskan dan potong kecil
Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Basuh beras, masukkan ke dalam periuk, masukkan air dan daun pandan, masak hingga beras kembang. Masukkan tauhu yang telah digoreng, kiub ikan bilis, kicap cair dan kicap pekat. Kacau rata dan masak dengan api sederhana hingga menjadi bubur atau moi.
  2. Sementara itu, panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga harum. Masukkan udang yang telah diperap tadi dan masak hingga udang berubah warna. Masukkan udang ke dalam bubur dan masak untuk 1 minit lagi. Tambah garam secukup rasa dan masak sekejap.
  3. Cedok bubur udang dalam mangkuk sesuai, tabur daun bawang, lada merah yang didadu, sawi jeruk dan juga bawang goreng. Sedap dimakan panas..

Post a Comment

5 Comments

  1. selalu buat bubur ayam je...nak try laa bubur udang ni..

    moi utara kat aloq staq de best!

    ReplyDelete
  2. Salam bro...menyelerakan sgt buburnya...n cntik set mangkuknya..mmg sesuai sgt ngan tajuknya:))

    ReplyDelete
  3. thanks mat utk resepi ni..serius!!! esok krole cuba~doakan jd ye


    p/s : smngat da ni~

    ReplyDelete
  4. Mat... nyonya ni dah buat dah bubur ko ni.. ya ampun, sedap Mat! Mak mama makan habis semangkuk. Alhamdulillah. Esok nak selongkar lagi rumah ko ni...

    ReplyDelete
  5. nampak menyelerakan....harus buat arini :)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.