RAHSIA "BUAH KERAS" DALAM MASAKAN..

rsz_buah_keras
Kali ni mat nak sentuh sikit pasal 'buah keras' yang sering mat gunakan dalam penyediaan resipi  masakan seharian, terutama dalam sambal, gulai dan sebagainya. Kerap juga yang tinggalkan komen di blog dan FB bertanya, "kenapa guna buah keras?".."apa fungsinya?"...."boleh ganti dengan apa selain buah keras?". Sebelum kita bercerita lebih lanjut, kasi buah keras memperkenalakn diri dulu. Buah keras atau dalam bahasa inggeris dipanggail candlenut, begitu sinonim dengan masyarakat Nusantara terutama di Indonesia dan di sana, buah keras dipanggil 'kemiri'. Di Malaysia penggunaan meluas buah keras banyak dipelopori oleh orang2 melayu dan peranakan baba nyonya, terutama dalam masakan mereka. 

Buah keras mengandungi kandungan minyak yang tinggi, ini menyebabkan penggunaannya dalam masakan memberi rasa lemak, berkrim dan secara tidak langsung memekatkan kuah. Selain buah keras, anda boleh menggantikannya dengan kacang 'macadamia', tapi pada mat harga kacang tu agak mahal di Malaysia berbanding buah keras. Pokok buah keras boleh meninggi sehingga 15 - 25 meter. Dengan dahan2nya merambak. Daunnya berbentuk bujur telur tetapi berbucu 3 atau 5. Buah keras disaluti tempurung yang keras. Buah keras yang matang perlu dipecahkan untuk mendapat isinya.

Buah keras tak perlu guna banyak dalam satu2 resipi, namun ia bergantung pada kuantiti masakan anda. 2 - 3 biji sudah memadai untuk sambal tumis yang menggunakan kurang lebih 1 1/2 cawan cili kisar. Begitu juga untuk gulai atau asam pedas, buah keras dikisar bersama bahan2 rencah sebelum ditumis hingga harum. Untuk lebih mengetahui kegunaan buah keras selain dalam masakan, anda boleh lah google....moga entri ringkas ini menjawab serba sedikit soalan perihal buah keras dalam masakan...terima kasih atas masa anda.....salam sayang dari DTS - MAT GEBU.....

Post a Comment

12 Comments

  1. thanks bkongsi cmg

    ini juga rahsia masakkan di CR. kita bkongsi rempah y sama...

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana berkongsi tips...nnt nak cubalah

    ReplyDelete
  3. Tq CM. slalu tgk kt blog ni & chef florence tan tu guna buah keras. Tp sy mmg xpenah guna,sbb jarang sgt tgk mak guna,mcm takut2 gitu nak guna..err..penah tgk kt tv buah ni di blend/parut...blh hancur ke?huhu..

    ReplyDelete
  4. TQ mat.... rasanya persoalan pasal buah keras ni dah terjawab.... sok nak try guna benda ni... apa kelainannya!

    ReplyDelete
  5. org kata kalau banyak makan buah keras ni boleh cirit birit, betul ke mat?

    ReplyDelete
  6. sy hanya pandai guna buah keras dlam sambal nasi lemak jer...hehehe...

    ReplyDelete
  7. Buat sambal bilis utk nasi lemak, masak kurma..acar2....tumbuk dlu buah keras bg hancur2 lps tu blend lama2 spy lbi halus...klu x bt bgtu rasa kasar2....:)

    ReplyDelete
  8. thanks CMG,sudi share info buah keras ini,sedikit sebanyak dpt membantu saya dlm bab2 masakan...

    ReplyDelete
  9. yeayyy suka entry ni...pasni abg mat wat entry selingan camni lagi ye...

    ReplyDelete
  10. Hebat..! Penuh informasi... Buah keras ni mmg sedap kalau masuk dlm sambal. Jadi lemak dan kurang pedas..

    ReplyDelete
  11. Kami pembekal strip ujian kehamilan dan ovulasi dengan harga yang murah tetapi berkualiti.

    Kami menjual secara runcit pukal dan dropship.
    Harga serendah RM1.00/pcs.
    Lebih banyak anda beli, lebih DISKAUN kami beri
    Untuk keterangan lajut lawati blog shop kami:

    http://kit-ujian-kehamilan-murah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. ada siapa2 mahukan buah keras atau biji benih buah keras sila email saya di rayneyong84@gmail.com
    terima kasih

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.