Salam Ahad semua. Sebelum tu minta maaf yea Kak Ida dari 1001resepi, sebab mat tulis tajuk entri macam tu. Sebenarnya memang plan nak masak nasi lemak hari ni, cuma belum buat keputusan. Tapi malam tadi mat jalan ke blog Kak Ida di sini, dan ternampak nasi lemak...aduhhh godaan yang begitu menggetarkan jiwa raga. Kita ni nak makan nasi lemak tu pun tak boleh, tapi ada masa rasa berdosa pulak, maklumlah mat gebu tu kan gebu, kang over dose naya kolestrol aku jadi kaler merah!!..Tapikan, pujian harus diberi pada orang2 dulu kala, mengilhamkan nasi lemak yang dimakan bersama sambal tumis, ulam timun dan telur rebus/telur goreng (tu kira yang asas), kerana ia menjadi identiti Malaysia. Siapa tak kenal nasi lemak, waima orang luar bila kita tanya antara masakan Malaysia yang mereka suka...spontan mereka kata 'nasi lemak'....
Seperti biasa, mat kalau buat nasi lemak dah tentu beras basmathi menjadi pilihan. Selain agak senang nak menyukat cecair, hasil nasinya juga cantik dan panjang2. Satu lagi beras basmathi ni kan jenis takde rasa sangat, jadi rasa lemak santan lebih terasa. Namun begitu, setiap jenis beras basmathi mungkin berlainan sukatan cecairnya. Macam yang mat guna ni Jasmine Basmathi King, perlu kurang sedikit air, kalau 1 bahagian beras, perlu cecair kurang lebih 1.3 bahagian. Kalau beras Basmathi Moghul, nisbah dia 1 : 1.5 atau 1 bahagian beras, 1.5 bahagian cecai. Dan beras perlu direndam 25 - 30 minit. Santan segar juga memberi rasa pada nasi lemak dan yang paling wajib, daun pandan, yang ni kalau takde bukan nasi lemak namanya...kann....
BAHAN-BAHANNYA :-)
3 cawan beras basmathi (Basmathi King, Jasmine), rendam 30 minit dan toskan
4 cawan santan (guna santan segar)
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1/3 camca teh halba
1 biji bawang besar saiz sederhana, belah 4
1 inci halia tua, kerat 3 dan dititik
3 ulas bawang putih, dititik
Garam secukup rasa
BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis secukupnya
Hirisan timun
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng (tak letak)
Telur rebus, dibelah dua
Ayam @ ikan goreng (optional)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masukkan beras dalam periuk nasi elektrik atau rice cooker, masukkan serai, daun pandan, halba, bawang besar, halia dan bawang putih. Tuang santan dan tambah garam secukup rasa. Kacau perlahan. Tutup periuk nasi dan masak seperti biasa hingga nasi tanak. Biar hingga nasi betul2 masak.
- Gemburkan nasi lemak dengan chopstick, tapi pastikan anda jangan kareh nasi tadi berulang2 kali, ini akan mematahkan beras basmathi, cukup dengan mengaul 3 - 4 kali sahaja. Terus off kan suis rice cooker dan biar sekejap.Hidangkan nasi lemak bersama bahan2 sampingan. Boleh hidangkan untuk sarapan pagi atau bila2 masa yang sesuai..
7 Comments
kalau mak saya buat nasi lemak, dari pagi smpai ke malam itu je ulang ulang.. tak payah masak lunch dan diner dah! hehehe
ReplyDeleteni adda plk yang terguda nih...adoiii...
ReplyDeletemmg nasi lemak..xleh lawan la nasi lain...sedap sedap....=)
ReplyDeleteamboi.....sedapnye mat gebu nasi lomak tu.terus jer rasa nak wat sok
ReplyDeleteSedapnya resipi ni Kak Ida..Boleh cuba...lain nasi lemak lain resipi..
ReplyDeleteBy the way, nanti singgah lah ke www.qashmere.net shopping baju..macam-2 size ada termasuk plus size fashion
wah sedapnya tgok . teringin nk rasa masakan Mat Gebu ! >.<
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletecantik aje nasi lemak mat tu...menggoda kalbu...:)
takpa mat sekali-sekala kita tibai ajelah...lepas tu kita senam banyak-banyak...