BEN ASHAARI

Thursday, September 20, 2012

JEMPUT-JEMPUT TAPAI UBI...

rsz_dsc_9131

Assalammualaikum, selamat petang. Semalam, seharian talian internet dan telefon tidak berfungsi atas sebab2 penyelenggaraan dari pihak Telekom Malaysia, maka tak dapat lah nak update blog. Dan, bila malam, talian telefon ok, tapi internet masih meragam..sabar..yelah mereka bekerja siang dan malam. Jadi berlalulah sehari tanpa internet. Pagi tadi masih juga meragam, dan lepas mat belanja barang dapur di Tesco dan MyDin, Kulai..balik ke rumah, ia masih tetap KO lagi, grrrr..dah nak marah ni, terus call wakil TM untuk kawasan kejiranan kami, dia kata akan hantar orang untuk mengatasi masalah internet dan dalam jam 3 petang tadi, alhamdulillah ia berfungsi seperti biasa, cuma tak boleh nak agak bertahan sampai bila.....hmmm, mood nak berblog pun hanyut ibarat dibawa arus deras...huhu...Takpelah kita mulakan entri dengan jemput2 tapai ubi yang mat buat semalam....

rsz_dsc_9176 (1)

Tapai ubi bukan mat buat, tapi abang mat bawak balik. Sebab banyak, apa kata kita buat jemput2 atau bahasa kampungnya cekodok. Selain cekodok, mat pernah juga cuba buat kek di sini, dan rasa dia agak unik dan sedap tapi yang pasti tidak lah sampai anda mabuk bila menikmatinya. Selain tu tapai ubi juga sedap dimakan bersama santan dan dihidangkan sejuk, yang tu nanti2 mat masukkan entri. Resipi mudah ini cukup menarik, anda boleh makan begitu sahaja atau dicicah bersama sambal tumis. Adunan tidak boleh cair sangat, ini akan menyusahkan kita untuk men"jemput" adunan tadi. Resipi mudah seperti berikut. Ia agak mudah dan tidak memerlukan bahan2 yang banyak......

BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tapai ubi
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 camca besar gula
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh garam
1 1/4 cawan air
Sambal tumis untuk mencicih atau sos kegemaran anda (jika suka)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Tapai ubi dilecek halus, buang urat2nya jika ada. Masukkan ke dalam bekas. Sementara itu ayak bersama tepung gandum dan baking powder. Masukkan ke dalam bekas yang berisi tapai ubi tadi. Kacau hingga rata. 
  2. Masukkan gula dan garam, tuang air sedikit demi sedikit hingga habis, sambil dikacau hingga mendapat adunan yang tidak terlelu pekat atau cair. Biarkan sekejap.
  3. Panaskan minyak untuk goreng terendam. Jemputkan adunan tadi dan berhati2 jatuhkan dalam minyak panas (basahkan sedikit hujung jari anda). Atau anda boleh gunakan sudu untuk menjemput adunan tadi.
  4. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian, gunakan api sederhana kuat semasa menggoreng. Angkat dan toskan. Buat kaedah sama untuk baki adunan. Hidangkan bersama sambal tumis atau sos kegemaran anda.

7 comments:

JaSSNaNi said...

Kat kedai makan tadi, nampak tapai ubi.. skrg cmg plak wat jemput2.. uwaaaaa... sedap ni...

aDisH.sHidA said...

x pernah pun makan tapai..ini kan plak tapai ubi di buat cekodok...tp tengok mcm ngancam je sedap nya..

eh eh sama la line tm kawasan shida pun selalu problem..sama2 la kita bersabar ye

akuanakpahang said...

Salam CMG, best nampaknya tapai nie mintak sebiji :) http://akuanakpahang.blogspot.com/

Chah said...

amboi cmg...moolat2 cam ai la jemput2 tu...layan petang2 ngan teh o nipis...dok atas serambi...perghhhh...

MamaFaMi said...

Hmmmm nak kena gi cari tapai la pulak. Nak cari tapaaaaiiii... nak cari tapai!

Suejoshua said...

Bulat2 cumil jewww

Shasha Mohamed said...

Wah! satu kelainan, inovasi dari cm.
Saya tak pernah makan sbelum ni, tentu sedap kan?