TAPAI UBI BERSANTAN......

rsz_dsc_9056
Semalam kita dah tengok entri jemput2 tapai ubi yang nampak begitu klasik dan authentic katanya. Dan hari ni mat kongsi satu lagi hidangan authentic orang2 kita, terutama orang melayu. Tapai ubi boleh juga dijadikan manisan pembasah tekak. Selain boleh dimakan dengan aiskrim, tapai ubi juga sedap dimakan bersama kuah santan. Hidangkan sebagai pencuci mulut dan enak dimakan sejuk. Tiada resipi yang khusus, cuma ikut kesesuaian rasa tekak anda saja. Tapi paling penting, santan harus yang segar, barulah anda dapat menikmati keasliannya. Sirap gula perlu dimasak dengan daun panda untuk mendapat rasa dan bau yang beridentitikan orang melayu. Sebenarnya dalam dunia masakan ni, sedikit keaslian akan memberi impak yang besar dari segi rasa dan kualiti satu2 makanan itu....erkk, yea tak yea je si mat menulis, hmmm, tapi dalam hal ini anda sendiri boleh fikir, betul tak?....Resipi mudah seperti berikut...

BAHAN-BAHANNYA :-)
Tapai ubi secukupnya
Santan segar secukupnya (tak perlu pekat sangat)
Secubit garam
Sirap gula secukupnya
Ais kiub

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan santan kelapa dengan garam, kacau rata. Masukkan secukupnya tapai ubi dalam gelas sesuai atau mangkuk. Tuang santan tadi dan tambah sirap gula secukup rasa.
  2. Masukkan ais kiub dan biar seketika, kacau rata dan boleh hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut. Sirap gula tu anda masak gula + air dan daun pandan hingga pekat, tapis dan sejukkan.

Post a Comment

7 Comments

  1. kite penah makan tapai ubi yang ditaruk dalam susu cair. pun sedap jugak tuh!

    ReplyDelete
  2. @ GB - guna susu cair pun ok juga...lagi sehat...

    ReplyDelete
  3. betull.. susu cair lagi sedap.. kan kan..

    ReplyDelete
  4. Sekian lama segan nak mengomen, tapi entry kali ni terpanggil pulak hehehe... sangat authentic.. memang saya tak pernah try lagi makan tapai bersantan, apetah lagi dibuat cekodok... terima kasih kerana membuka minda saya.. sbb selama ni dok ingat tapai makan cam tu or paling pun makan dgn aiskrim hehe.. thanks for sharing..

    ReplyDelete
  5. Tapai ubi ni kalau buat bingka pun sedap......agaknye klu tapai pulut mkn ngan santan sedap tak ye?. Tolong jawab .....en mat!

    ReplyDelete
  6. @ uda - salam puan, tadi ada komen di FB, kata, tapai pulut makan dengan santan juga sedapp.....

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.