BEN ASHAARI

Tuesday, July 17, 2012

NASI LEMAK HALBA...

rsz_dsc_5203
Assalammualaikum, salam Selasa. Makan apa anda ni hari?. Mat buat nasi lemak halba, resipi pernah mat letak di DTS dulu. Ia tak banyak beza dengan nasi lemak biasa, cuma ditambah sedikit halba dalam dia. Rasa seakan2 nasi dagang sedikit. Pada mat petua membuat nasi lemak yang sedap, selain beras, santan juga mainkan peranan yang amat penting. Selalunya mat guna santan yang diperah segar dari kelapa yang diparut. Kalau secara umumnya, nasi lemak akan diletak daun pandan sebagai bahan penting. Tapi halia dan bawang putih juga salah satu bahan yang memperkayakan rasa dan aroma nasi lemak. Penambahan serai yang dititik dan biji halba menjadi kan nasi lemak lebih harum dan boleh mengatasi rasa muak.

rsz_dsc_5210
Apa lah makna nasi lemak tanpa sambal tumis, telur rebus (atau goreng) dan ulam timun. Itu kira wajib ada. Kacang tanah goreng, ikan bilis goreng antara sampingan. Tapi serkarang, ada macam2, antara paling terkenal ayam goreng rempah. Mat cuma benda2 asas sahaja, kecuali ada ayam masak merah. Oh lupa nak kata, untuk resipi ini mat guna beras Basmathi King keluaran Jasmine. Berbeza sikit dari beras Moghul, ia perlu dikurangkan sedikit cecair, namun rasa nasi dia lebih sedap dan beras dia agak wangi. Mat rendam dalam 20 minit macam tu. Untuk resipi ini mat guna 4 cawan beras. Ok kita lihat resipi..

BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan besar Basmathi King Jasmine, rendam 20 minit dan toskan
5 1/2 cawan santan kelapa segar
2 batang serai, didtitik
1 biji bawang besar, saiz sederhana, belah 4
1 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh halba
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis secukupnya
Hirisan timun
Telur rebus @ telur dadar
Ayam goreng rempah, jika suka
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan beras basmathi ke dalam periuk nasi elektrik atau rice cooker. Masukkan juga serai titik, bawang besar belah, bawang putih dan halba, gaul rata dan tuang santan.
  2. Masukkan garam secukup rasa, kacau rata dan masukkan daun pandan. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Bila nasi lemak betul2 masak, gemburkan dengan chopstick, dan off kan suis periuk nasi. Ini untuk mengelakkan nasi berkerak.
  3. Cedok nasi secukupnya ke dalam pinggan yang dialas daun pisang (jika suka). Letakkan bahan2 sampingan dan hidangkan untuk sarapan mau pun minum petang....

8 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum Tan Sri sini hujan gerimis.. nampak nasi lemak perut berbunyi... mabeles dan kelessss.... perghh ngencessss dah ni.. :)

Sari Yusa Ibrahim said...

Salam, Cik Mat. Kak Sari kalau masak nasi lemak, wajib letak halba, sebijik macam cara CM masak nasi lemak ni cuma Kak Sari tak letak bawang putih...

agagaga... geram jer tengok gambar tu...

Mat Gebu said...

@ Shahriah - amboihhh Datinnya komen, ada kelass...hahha...

@ sari yusa - silakan kak, letak 1 ulas pun ok dah...sambil2 tu boleh tendang angin...siap lah, kang bom meletop..

MamaFaMi said...

Hujan-hujan cam ni... ada ke patut tayang nasi lemak. Sungguh tak patut. Mata yang layu terus kuyu lepas makan tau!

Mat Gebu said...

@ mamafami - i very the sorry ok Mama...ehem ehem, itu gambar kek dalam email, manyaakkk cantik laa, tu hari kan ma, saya cari nozel yang pecah 5 takde, jadi beli yang pecah 6...huhu tapi belum test lagi..

Kak Nita said...

Salam Che Mat...
Wanginya nasi lemak Che Mattttt...bau sampai ke sini...
Bunga yg kat dlm gelas tu pun akak suka...cantik!

izan supian said...

heheh...sedap...tadi saya pun masak nasi lemak....ubat ngantuk biar lena tido malam kang...tapi tak letak halba ngan bawang putih.buat yg biasa je..:) yg pentg masuk perut kenyang.hubby pun suka. :)

Nurul Akmal said...

waaaaa sedapnyer... Bulan puasa ni teringin nak makan nasi lemak daun pisang..

Disclaimer

Dunia masakan memang unik. Dari bahan-bahan asas boleh bertukar kepada ribuan jenis masakan yang berbeza rupa, gaya dan rasa.. Itulah keajaibannya... Tiada sempadan untuk berkongsi ilmu mengenainya....

AMARAN KERAS!!!!
DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK... HAKCIPTA TERPELIHARA.