LAKSA ASAM...KUIZ DARI SHAHRIAH (PESERTA MASTERCHEF)

rsz_1dsc_5240
Jomm laksa asam, mana yang tak makan laksa asam sila duduk diam2 ok. Kenapa laksa asam?..Selain sesuai untuk tekak yang agak payau, ia juga dalam kategori hidangan sihat, tiada minyak, semua main lebur dalam piuk. Lepas tu makan dengan mi laksa dan juga bahan2 ulam yang semua segar dan mentah. Seperti biasa mat guna ikan kembong, tapi kata orang, guna ikan selayang atau ikan sardine lagi sedap. Kalau dah nak makan, gunalah apa ikan sekali pun, jangan guna bebola ikan udah leer, tu jadi lain pulak. Laksa macam ni kalau kat rumah mat hanya 1-2 orang je suka, Bak tak makan laksa asam, sebab dia kata masam, haha sabar jee lah, pantang ada nama "asam" terus bulat2 tolak, yelah kan tekak memasing, pada mat senang je, apa yang mat rasa nak makan, aku buat, yang lain terpulang, kalau rasa nak, silakan, kalau taknak pun tak...guaaa tak paksa.. Ok pena bebel dah lah cuaca sejuk. Dah sambil2 tulis entri ni, nak bagi tau sesuatu lahh....

Pstt...sini lah, dekat sikit...dekat lagi...ehemm, nampak ada akak anggun dalam  gambar atas ni, Kalau nak tau ini Penulis atau Novelis Puan Shahriah Abdullah juga peserta Masterchef. Kenapa pulak dengan dia, takde apa, selain blog dia secukup rasa dan rencah, ada kuiz yang hebat juga...Hadiah dia, i tell you..import punya, dengar cerita India mari punya barang...eh, tatau lah nak cerita, jadi dengan ini mat pelawa lah sapa2 yang sudi nak join Kuiz dari beliau sila lah ke sini, baca syarat2 mudah dulu, lepas tu buat..kalau ada rezeki dapat leer hadiah....tak gitu Datin.....dan sekarang kita lihat resipi pulak...

BAHAN-BAHAN KUAH LAKSA ASAM :-)
4 ekor ikan kembong
1 1/2 biji bawang besar
2 inci belacan
5 - 6 keping asam gelugor (kalau takmo masam kasi kurang)
2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap satu
1 genggam daun kesom
Cili kisar secukupnya (dalam 3 - 4 camca besar)
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Mi laksa secukupnya (kalau guna yang kering, rendam dan  celur hingga lembut)
Telur rebus secukupnya, dibelah dua
Hirisan daun salad
Hirisan bawang besar
Hirisan timun, hiris bentuk jejari, halus
Hirisan cili merah dan hijau
Hirisan halus daun kesom
Hirisan halus bunga kantan
Limau kasturi secukupnya, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH LAKSA ASAM :- Ikan disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak, keluarkan ikan, asingkan air rebusannya. Ikan tadi diasingkan isi dan tulangnya. Tumbuk kasar isi ikan. Tulang2 ikan dikisar halus dan tapis. Ketepikan.
  2. Kisar bawang besar dan belacan hingga halus. Masukkan ke dalam periuk bersama air rebusan ikan, cili kisar, asam gelugor dan stok air tulang ikan yang ditapis tadi. Kacau rata dan masak hingga mendidih. Masukkan isi ikan, bunga kantan dan daun kesom. Kacau lagi.
  3. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak dengan api sederhana selama 20 - 25 minit, biar mendidih perlahan. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. UNTUK LAKSA ASAM :- Letak mi laksa secukupnya dalam bekas sesuai. Tuang kuah bersama atas mi laksa tadi. Tabur hirisan timun, salad, cili merah/hijau, daun kesom, bunga kantan, bawang besar dan juga limau kasturi. Letak 1/2 biji telur rebus dan hidangkan.....aduhh melelehh!!!

Post a Comment

4 Comments

  1. suka makan laksa tapi sampai sekarang masih tak yakin nak cuba buat

    ReplyDelete
  2. As'kum Tan Sri CMG kelessss.. Tq so much... pstt soalan dah ada dua keluar tau.. jangan tak join sebab lepas ni hadiah lebih meleTOPS sure Tan Sri sasau lepas ni hehehehe.. tq! tq!

    ReplyDelete

AMARAN KERAS!!!!

DILARANG MELAKUKAN PENGAMBILAN SEBARANG MATERIAL TERUTAMA "GAMBAR" DARI BLOG INI TANPA IZIN DARI PEMILIK. HAKCIPTA TERPELIHARA.